Nyum, nyum... sedapnya dapat lolipop dari Indonesia. Lebih sedap lagi, lolipop merah kuning bersaiz besar ni sebenarnya merupakan penghargaan yang diterima dari Majalah XY Kids, Indonesia. Majalah XY Kids telah memilih Upin & Ipin sebagai pemenang animasi favourite di Indonesia berdasarkan pilihan pembaca. Memang happening la peminat di Indonesia ni. Kami di Les' Copaque mengucapakan ribuan terima kasih dengan anugerah ini dan terharu dengan sokongan peminat di sana.Jangan lupa nantikan Upin & Ipin ke Indonesia lagi untuk pementasan teater Upin & Ipin di sana. Memang macam-macam maklumat terbaru yang bakal dikongsikan berkaitan dengan teater tersebut. Jadi, teruskan membaca blog ini.
