
Assalamualaikum!!...... Apa khabar semua cucu Atok?
Filem "Geng" ni dah nak habis tayangannya di Malaysia, silap-silap hari ni kalau panggung merasakan kutipannya dah tak berbaloi nak mainkan lagi. Sehingga hari Isnin, kutipannya sudah mencecah RM 6.303 juta, dan untuk ia melangkaui Lagi-Lagi Senareo susah sikit kalau dia tak main hingga minggu depan. Apa pun, kami berbangga, sebab filem ini buat sejarah walaupun budak beringus lagi yang buat, lepas tu filem kartun je..dapat juaga menyaingi filem box office tanah air....he..he..he..
Hari Isnin, Atuk ajak Opah dengan Nizam pergi Jakarta...ingat hati nak pergi makan nasi padang. Sampai Jakarta dah lambat, sebab Air Asia lambat (kapal terbang murah, nak buat camne..tak mampu), Mak Cik Rina tu ajak makan kat Restoran Sunda. Melepas makan Nasi Padang dan kami berbincang tentang agenda esok hari nak jumpa TPI dan Megablitz.
Esoknya, kami jumpa TPI di Restoran Jepun (melepas lagi nasi padang) di Plaza Indonesia. TPI adalah stesyen televisyen macam TV9 di Indonesia. Sekarang dia nomor 3 selepas menayangkan U & I bulan puasa yang lalu. Pihak TPI telah besetuju menayangkan U & I yang baru mulai bulan Julai tahun ni dan filem Geng selepas selesai tayangan di panggung.
Lepas tu, kami berjumpa dengan MegaBlitz yang bersetuju menayangkan filem Geng pada 9hb September ini. Satu pencapaian yang tak diduga kerana Megablitz ini hanya menayangkan filem yang berkualiti sahaja dan belum pernah filem Malaysia dapat masuk kepanggung mereka. MegaBlitz tak banyak panggung, hanya 2 di Jakarta dan satu di Bandung, tetapi semuanya besar2 dengan jumlah kerusi 500 keatas dan tiketnya mahal, sememangnya untuk orang kelas menegah dan keatas. Makcik Rina akan menguruskan tayangan di Studio 21 yang banyak panggung di serata Indonesia. Persetujuan hampir tercapai, dan mungkin minggu depan Atok harus kesana lagi.
Lepas meeting hujan lebat dan Atok terpaksa bergegas ke airport pula untuk pulang. Pesawatnya lewat lagi dan kami sampai dirumah pukul satu pagi. Kepada yang menunggu DVD tu, kena tunggu bulan Oktober , selepas tayangan di Indonesia.
Pagi ni Atok nak bawa Opah pergi hospital...nak buat check-up sakitnya hari tu..DVT.
Atok: Melepas Nasi Padang....