Wednesday, April 15, 2009

Les' Copaque Photo Shoot

Sudah lebih setahun nampaknya Les' Copaque tidak membuat company photo shoot. Kali terakhir ialah pada Mac 2008 di mana pada masa itu kakitangan Les' Copaque baru ada sekitar 40 orang dan sekarang diam tak diam jumlah kakitangan telah hampir mencecah kepada 60 orang. Lokasi photo shoot kali ini agak istimewa dan berbeza sedikit kerana ianya dilakukan di persekitaran taman rumah Tn Haji Burhannudin sendiri iaitu terletak di Shah Alam. Kawasan rumah yang luas dan berlandskap menarik ini bukan sahaja sejuk mata memandang malahan ianya dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan air terjun mini.

Susunan kerusi sebelum sesi photo bermula

Kakitangan Les' Copaque mula memenuhi ruang bergambar

Gambar tidak formal terlebih dahulu

Hasil akhir gambar Les' Copaque

Hasil dari photo shoot pada hari ini akan digunakan untuk tujuan corporate seperti laman web dan sebagainya. Selepas selesai bergambar, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar secara santai dipersekitaran rumah ini.

Diantara kakitangan lelaki Les' Copaque

Antara kakitangan wanita Les' Copaque