Monday, April 20, 2009

LCP memenangi MSC-Malaysia Management Game 2009

Pada 15 & 16 hari bulan April yang lepas, Les' Copaque Production yang diwakili oleh Safwan, Yong Pin, Usamah Zaid dan Anas telah menyertai pertandingan MSC-Malaysia Management Game 2009 (M3G) yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).Majlis yang berlangsung selama 2 hari itu telah disertai oleh 10 buah syarikat yang berstatus MSC.Kami yang pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini agak teruja kerana dapat bersaing dengan syarikat² yang kebanyakkannya lebih berpengalaman dari kami.Pada hari pertama, kami telah diberi penjelasan terperinci tentang cara-cara untuk mengendalikan permainan ini.Secara ringkasnya, kami semua telah diberi sebuah syarikat 'virtual' yang menjalankan perniagaan menjual komputer riba. Jadi, kami selaku pengarah syarikat harus menguruskan perniagaan tersebut dari peringkat perancangan, pembelian kilang, pembelian bahan mentah,akaun, pengeluaran hinggalah ke pemasaran.
Pada mulanya kami agak keliru tentang cara permainannya (rupanya semua syarikat pun sama juga) jadi, pihak penganjur telah memberi satu peluang untuk mencuba permainan ini pada peringkat pertama.Pada peringkat percubaan ini, kami telah berada di tempat ke-3.
Permainan ini telah dijalankan dengan 6 peringkat.Penganjur telah memberi pelbagai situasi ekonomi negara pada setiap peringkat dan selaku pengarah syarikat, kami harus merancang plan² yang patut dijalankan untuk memasarkan produk kami kepada pengguna.Antara situasi ekonomi yang dijelaskan ialah keadaan ekonomi yg merudum di mana permintaan untuk komputer riba kos tinggi adalah berkurangan.Berikut adalah 'ranking' LCP pada setiap pusingan.

Period 1 : no 5
Period 2 : no 3 (bersaing rapat dgn team Prudential)
Period 3 : no 2 ( bersaing rapat dgn team MDeC)
Period 4 : no 1
Period 5 : no 1
Period 6 : no 1 (keuntungan keseluruhan RM 39 719 040)

Cara menentukan pemenang permainan ini ialah dengan melihat keuntungan keseluruhan pada Period 6. Kami akhirnya diumumkan menjadi pemenang pertandingan ini dan 3 syarikat yg berada di tangga teratas akan bertanding lagi di peringkat kebangsaan yang akan dijalankan pada bulan Mei 2009. Tahniah diucapkan kepada semua syarikat yang telah menyertai pertandingan ini dan memberi saingan yang sengit. Banyak juga yang kami pelajari selama 2 hari ini dan berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyertai pertandingan seumpama ini.
Image source : http://cdp.mscmalaysia.my/M3G09/photos.htm