Monday, April 06, 2009

Les' Copaque di Majalah REMIX, April

Majalah REMIX keluaran Utusan Karya kali ini menampilkan artikel mengenai Les' Copaque sebagai perintis animasi 3D pertama di Malaysia. Isu bulan April ini merupakan isu pertama yang memaparkan kisah mengenai Les' Copaque di dalam majalah ini. Kesemua artikel berkonsepkan temuramah santai dengan soalan-soalan yang jarang dipersoalkan di mana-mana majalah lain.

Selain itu, Mohd Nizam pengarah filem GENG turut dipilih sebagai tokoh remaja dan kisah mengenai penglibatannya di dalam dunia animasi juga turut dikupas di dalam isu ini. Isu kali ini memuatkan sebanyak 4 muka surat yang diantara lainnya menceritakan mengenai perbezaan kerjaya sebagai seorang Creative Director dan Senior Animator. Muhammad Anas dan Dzubir tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman masing-masing di dalam isu ini. Jangan lupa mendapatkan isu April REMIX dipasaran sebelum kehabisan stok.

Terima kasih kepada editor majalah REMIX iaitu En Hafiz kerana sudi meluangkan masa untuk menulis mengenai kami.