Thursday, April 23, 2009

Upin & Ipin Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Semalam, 22hb. April 2009, Atok, Nizam, Safwan dan Zaid telah berpeluang menghadiri sessi ucapan pemimpin yang telah di anjurkan oleh MDeC di Cyberjaya. Sessi ini adalah merupakan siri ucapan pemimpin yang terulung untuk peneraju syarikat-syarikat yang bertaraf MSC untuk meningkatkan prestasi mereka. Untuk siri yang pertama ini, mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapannya sebagai pencetus idea melahirkan MSC. Banyak saranan yang bernas telah diberikan oleh beliau untuk kami mengharungi ekonomi dunia yang bergelora ini.

Les' Copaque telah diberi penghormatan oleh MDeC untuk menghasilkan animasi pembukaan majlis. Animasi tersebut adalah menunjukkan Tun sedang memberi ucapan di ikuti oleh Upin dan Ipin mengajak Tun memberi ucapan. Yang Berbahgia Tun kelihatan tersenyum melihat dirinya menjadi watak dalam animasi tersebut.


Setelah selesai majlis tersebut, Atok telah berpeluang makan tengah hari bersama Tun. Dimajlis tersebut, Atok telah menghadiahkan Tun semua DVD Upin dan Ipin yang telah dikeluarkan untuk beliau dan cucu-cucunya. Atok juga telah mempelawa Tun untuk melawat studio kami. Kepada Dato' Badlisham dan Geng nya... terima kasih kami ucapkan atas kesempatan yang diberikan.
Atok: At last...dapat juga bertemu dengan Tun.






Liputan media oleh Business Times