Akhirnya selepas berjaya mendapat antara kutipan tertinggi dipawagam, Les' Copaque Production telah memilih 8 April 2009 sebagai malam untuk memberi penghargaan kepada pihak media baik dari media cetak mahupun elektronik.
Majlis makan malam yang diadakan di restoran rasmi GENG iaitu GENG's Corner yang terletak berhampiran dengan studio Les' Copaque telah dimeriahkan oleh pelbagai wakil dari media khususnya dari Utusan, Metro, Berita Harian, Karangkraf, RTM dan juga Tv9. Tidak ketinggalan beberapa agensi yang menyokong dan membantu GENG seperti MDeC, MOSTI dan PRIMEWORKS juga turut hadir pada malam yang penuh bermakna bagi warga Les' Copaque ini.
Selain semua tetamu dijamu dengan makanan istimewa majlis tersebut juga menyaksikan Les' Copaque Production juga diiktitaf oleh Malaysia Book of Record sebagai filem animasi 3D yang pertama di Malaysia dan anugerah ini dikategorikan sebagai diantara anugerah yang terbaik di dalam Malaysia.Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu terutamanya pihak media sejak dari peringkat awal lagi penghasillan filem GENG. Majlis makan malam yang tamat sekitar 10 malam ni juga merupakan tanda kesyukuran warga Les' Copaque Production di atas kejayaan filem GENG.



