
Pada 12 April lalu, Upin & Ipin bersama-sama kumpulan Adik Di 9 telah memeriahkan acara "TV3 Kids Parade" yang telah dilangsungkan di Sri Pentas, Damansara. Acara yang bermula seawal 8pagi ini bermula dengan perarakan kontigen adik-adik yang terdiri dari stesyen tv seperti TV9, TV3 dan NTV7. Selain itu kontigen-kontigen lain pula terdiri dari sekolah-sekolah, persatuan dan kelab yang mana ahlinya merupakan adik-adik kecil.


Kids Parade ini berlanjutan sehingga ke petang dengan aktivti menarik yang dianjurkan disekitar ruang legar Sri Pentas. Upacara pembukaan juga turut disiarkan secara langsung di TV3 pada belah paginya. Kepada pengunjung yang tidak sempat bergambar dengan maskot Upin & Ipin jangan kecewa kerana maskot Upin & Ipin akan muncul di acara yang lain pula dalam masa terdekat.