Tuesday, April 14, 2009

Upin & Ipin meriahkan "Smartkids" di Kumpulan Utusan

Kepada pengunjung yang sempat meluangkan masa ke PWTC bermula 10 hingga 12 April lalu pasti dapat merasai kemeriahan acara Smartkids yang julung-julung kalinya diadakan ini. Walaupun Les' Copaque Production tidak berkesempatan untuk membuka booth sendiri, tetapi maskot Upin & Ipin telah dijemput oleh Kumpulan Utusan untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara ini.

Keratan surat khabar Utusan berkaitan Smartkids

Peminat berpusu-pusu memenuhi booth Kumpulan Utusan
untuk bergambar dengan Upin & Ipin

Kehadiran maskot Upin & Ipin memang dinanti-nanti oleh peminat setia mereka apabila kedatangan mereka telah diumumkan lebih awal di dalam surat khabar utusan beberapa hari sebelum Smartkids ini bermula. Selain kemunculan khas maskot Upin & Ipin, pelakon suara adik Fathiah juga merupakan kejutan khas untuk peminat setia yang telah menunggu lama.

Adik Fathiah bergambar bersama peminat

Kehadiran adik Fathiah selain untuk memeriahkan acara ini ialah beliau juga sedang mempromosikan majalah kawan di mana wajah beliau merupakan cover hadapan majalah kawan bagi isu april. Peminat adik Fathiah juga tidak melepaskan peluang bergambar dan meminta tandatangan.

Sesuatu yang unik di dalam Smartkids ini ialah acara mini yang dipanggil "Mascot Parade". Di dalam acara ini kesemua maskot yang menyertai Smartkids akan berarak disepanjang booth untuk beramah mesra dengan pengunjung. Hampir 15 maskot terdiri dari maskot MPH, Taman Burung, Smartkids, Bank Rakyat, Nestle dan banyak lagi turut menyertai parade ini.

Sebahagian maskot yang menyertai Mascot Parade

Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur terutama sekali pihak Kumpulan Utusan kerana memberikan layanan yang baik dan sudi mempromosikan Upin & Ipin di dalam surat khabar mereka. Semoga kami berkesempatan untuk menyertai Smartkids Program ini pada tahun-tahun hadapan.