Monday, April 06, 2009

Lawatan TV9 ke NSTP dan Utusan

Sempena menyambut ulang tahun ke-3 TV9, baru-baru ini TV9 bersama tenaga kerja mereka, selebriti dan maskot Upin & Ipin telah mengadakan rombongan di beberapa badan media seperti NSTP dan Utusan. Rombongan ini bertujuan sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan yang telah diberikan oleh pihak media selama tempoh 3 tahun.

Upin & Ipin iaitu kartun no. 1 di TV9 juga mendapat perhatian dan sokongan yang amat baik oleh pihak media. Rata-rata dari pihak media bukan sahaja menyukai siri animasi Upin & Ipin malahan kebanyakan dari mereka sudah pun beberapa kali menonton filem GENG di pawagam sebelum ini. Terima kasih diucapkan terhadap sokongan yang diberikan oleh pihak media selama ini terhadap Upin & Ipin serta filem GENG.

Selain bertukar-tukar pendapat untuk memperbaiki kelemahan selama ini, semua delegasi ini juga bergambar bersama-sama pihak media semasa sesi rombongan ini.

Gambar bersama delegasi TV9 dan kakitangan NSTP

TV9 juga akan menayangkan Upin & Ipin marathon sempena ulang tahun ke 3 ini. Nantikan maklumat lanjut di TV9 ataupun dilaman web ini sedikit masa lagi.