Wednesday, April 22, 2009

Les' Copaque di Hari Harta Intelek Negara 23 - 26 April 09

Bermula dari 23 hingga 26 April 2009, Les' Copaque Production akan menyertai program Hari Harta Intelek Negara 2009 yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre. Seperti yang telah diketahui umum, semua animasi Les' Copaque seperti Upin & Ipin telah dipatentkan dan merupakan salah satu contoh harta intelek (IP) yang berjaya. Selain mengadakan sesi pameran, Les' Copaque juga menampilkan maskot Upin & Ipin pada hari pembukaan iaitu pada hari Khamis, 23 April dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Jadi kepada warga Kuala Lumpur yang mempunyai masa lapang pada minggu ni, apa kata lawati kami di acara Hari Harta Intelek Negara yang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu dan maklumat mengenai harta intelek negara. Sebarang maklumat tambahan mengenai acara ini boleh didapati di http://www.myipo.gov.my/ipday09/overview.html