Masih ingatkah anda dengan pertandingan GENG Mania yang diadakan lebih kurang 2 bulan lepas?. Pihak Les' Copaque telah menerima banyak penyertaan yang terdiri bukan sahaja dari Malaysia malahan sehingga dari Singapura. Kami begitu teruja dengan penyertaan yang sungguh memberansangkan ini dan agak sukar sebenarnya untuk memilih pemenang. Kami memohon maaf kerana keputusan pemenang diumumkan agak lambat dari yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kami telah sepakat memilih penyertaan di bawah untuk memenangi hadiah misteri yang telah dijanjikan. Pemenang berdasarkan gambar yang paling unik dan kreatif.
Pemenang akan menerima hadiah berupa kristal 3D Oopet yang mempunyai lampu pelbagai warna. 3D Oopet di dalam kristal ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Kristal ini telah direka khas untuk pertandingan ini sahaja.
Pemenangnya ialah penyertaan dari Pn. Ayu Rafikah Bt Mohd Amin. Menurut maklumat pemenang, gambar ini ialah gambar anak beliau yang berumur 3 tahun. Kami telah memilih gambar ini kerana berpendapat gambar ini diambil dengan begitu ringkas tetapi sangat kreatif. Gambar ini diambil dengan tersusun dan rapi termasuklah komposisi gambar dan cara anaknya berdiri juga dapat mengambarkan sesebuah cerita. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
