Karnival Suarasa anjuran Tv9 pada tahun ini dimulakan dengan bertandang di negeri Terengganu. Krew Les' Copaque yang kali kedua menyertai Karnival Suarasa amat berbesar hati dapat menyertai dan memijakkan kaki di Kuala Terengganu buat kali pertama. Walaupun perjalanan memakan masa lebih 8 jam, namun semangat kami untuk mengadakan acara pada karnival ini membuak-buak apabila banyak banner kelihatan disepanjang perjalanan ke tempat destinasi.
Bermula seawal pagi, Karnival Suarasa ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu sambil diiringi oleh Tn Haji Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Operasi TV9. Dalam diam rupanya Menteri Besar Terengganu juga merupakan peminat Upin & Ipin. Bertempat di Dataran Shah Bandar, lokasi Suarasa kali ini begitu menarik dengan tapak karnival yang amat luas dan terletak bersebelahan dengan pantai.
Di Suarasa ini, terdapat pelbagai jenis booth selain booth TV9 sendiri iaitu seperti Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu dan Perodua serta Celcom yang bertindak sebagai penaja Suarasa kali ini. Kami pastinya dibawah booth Adik Di 9 yang menampilkan 2 pengacara baru iaitu Adik Ain dan Adik Alif yang bertindak sebagai hos di booth tersebut.
Di Suarasa ini, terdapat pelbagai jenis booth selain booth TV9 sendiri iaitu seperti Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu dan Perodua serta Celcom yang bertindak sebagai penaja Suarasa kali ini. Kami pastinya dibawah booth Adik Di 9 yang menampilkan 2 pengacara baru iaitu Adik Ain dan Adik Alif yang bertindak sebagai hos di booth tersebut.
Daya penarik di Suarasa kali ini, ialah maskot Upin & Ipin yang pertama kali disaksikan oleh orang-orang Terengganu secara dekat. Seperti menjadi satu tarikan magnet, ke mana sahaja maskot Upin & Ipin kunjungi pasti ramai peminat yang mengikut. Sekilas pandang, semua peminat yang menyerbu Upin & Ipin ini umpama lautan manusia yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan maskot kegemaran mereka. Buat seketika, pihak polis terpaksa campur tangan untuk mengawal keadaan.
Selain itu, jualan barangan Upin & Ipin serta aktiviti permainan dan mewarna menjadi tarikan pengunjung. Kunjungan pengunjung yang tidak putus-putus membeli barang Upin & Ipin itu menyebabkan kami hanya bawa balik tong kosong ke Shah Alam. Kami betul-betul terkejut dengan sambutan dan sokongan oleh warga Terengganu terhadap barangan Upin & Ipin.
Antara peminat kecil yang datang pada Suarasa tempoh hari
Upin & Ipin ketika memeriahkan booth Celcom
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Suarasa di Terengganu ini terutamanya kakitangan TV9. Semoga kita berjumpa lagi di dalam Karnival Suarasa akan datang dengan lebih banyak aktiviti yang lebih menarikRelated Link : Suarasa Ipoh, Perak






