Kali ini pasukan Sergahan Upin & Ipin telah menyergah TM, Cyberjaya pula dan sambutan dari kakitangan TM pada hari tersebut amat mengalakkan. Rata-rata kakitangan TM yang telah diberitahu mengenai kedatangan kami telahpun bersedia dengan kamera masing-masing dan tidak kurang juga yang telah menjemput anak-anak mereka untuk bergambar bersama-sama maskot kegemaran semua orang ini.
Maskot Upin & Ipin dibawa beramah mesra dengan kakitangan TM di beberapa bahagian dan akhirnya mereka berkumpul diruang legar TM. Di sini, semua kakitangan TM diberi hadiah poster percuma melalui kuiz ringkas yang dijalankan secara spontan. Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih kepada layanan yang begitu baik diberikan oleh kakitangan TM dan terima kasih kerana menyokong filem GENG : Pengembaraan Bermula.



