Thursday, March 19, 2009

Perkembangan GENG di dalam Majalah Harmoni dan Muslimah

Sedang banyak pihak memperkatakan tentang perkembangan filem GENG yang sedang ditayangkan di pawagam, baru-baru ini 2 buah majalah telah menulis mengenai filem GENG khususnya orang-orang yang terlibat disebalik pembikinan GENG. Majalah-majalah tersebut merupakan keluaran edisi terkini yang baru sahaja dipasarkan di pasaran.

Majalah Harmoni

Majalah Muslimah

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada editor majalah-majalah tersebut kerana sudi menulis mengenai kami. Kepada semua peminat GENG anda masih boleh menonton filem GENG kerana ianya masih ditayangkan dipawagam sehingga 25 Mac 2009.