Monday, March 02, 2009

GENGMANIA



Assalamualikum Atok ucapkan kepada semua peminat...

Alhamdullillah, walaupun kami berdepan dengan berbagai rintangan dari pemilik panggung dan pengedar-pengedar filem, biar pun kekerapan tayangan dikurangkan, panggung yang lebih kecil untuk tayangan, tetapi Gengmania tetap menghantui mereka. Mereka belum pernah menyaksikan filem tempatan dapat mengalahkan kutipan filem Hollywood. Dimana, walaupun minggu ketiga, filem Geng sudah dipindahkan kepanggung yang lebih kecil dan jumlah tayangan dikurangkan begitu banyak sekali, kita masih bolih mengutip sebanyak RM 800,000 dengan jumlah penonton melebihi 100,000. Sehingga hari Ahad yang lalu, jumlah kutipan telah mencecah RM4.8 juta dengan jumlah penonton melebihi 600,000 orang. Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan dan kepada yang belum lagi tu...bawalah anak2 pergi tengok.

Atok kira, pengusaha-pengusaha panggung sememangnya mengambil kira untung rugi juga. Selepas Atok mengeluarkan ancaman tempoh hari, mereka telah mnghubungi kami untuk mengambil langkah yang perlu untuk memberi ruang kepada peminat filem Geng, walaupun mereka menghadapi masaalah penjadualan tayangan. Mengikut firasat Atuk, ada lagi kuasa yang lebih kuat mengancam mereka kerana filem Geng telah menjejaskan hasil kutipan filem mereka. Walau bagaimanapun, Atok berterima kasih kepada pengurus-pengurus panggung yang telah mengambil langkah yang perlu untuk tidak mengecewakan peminat filem Geng. Ada panggung yang pada asalnya, hanya menjadualkan 4 tayangan dan akhirnya memainkan filem itu untuk 11 tayangan. Esok, pengurus besar GSC menjemput Atok berbincang tentang tayangan filem Geng. Sudah tentulah ia suatu penghormatan kepada Atok yang tak tau pasal industri filem ni...he...he..

Cadangan bagi Les Copaque untuk mengadakan pawagam itu satu cadangan yang baik. Tetapi, Atok rasa biarlah orang Melayu yang lain, atau mungkin pihak Uda atau Media Perima yang berkecimpung dalam bidang ini keran ia memerlukan modal yang besar. Sememangnya, belum ada orang Melayu mengusahakan panggung wayang, walaupun kaki wayang tu sebahagian besarnya orang Melayu. Atok dengan cucu Atok, berhajat untuk membangunkan taman tema Geng. Taman tema yang kami rancangkan adalah seperti Disneyworld yang lebih berunsur Malaysia. Disitu sudah tentulah Upin dan Ipin akan menjadi watak utama dan sudah tentutalah ada pawagam yang dapat memainkan produk Les' Copaque sepanjang masa. Insyallah, jika sekiranya kami dapat pelabur yang berani seperti kerajaan negeri, sudah tentulah impian Opah terlaksana. Ura-ura untuk membawa taman tema Disney kemari, pada Atok adalah satu pembaziran dari segi licensing. Atok kira, lebih baik kita bangunkan taman tema kita sendiri, dimana Upin dan Ipin sudah terkenal diseluruh Asia Tenggara, betul tak?

Atok...Ipin cakap "betul,betul,betul"