Monday, March 02, 2009

Roadtour GENG ke Utara

Seperti yang telah diumumkan di laman blog GENG, road tour GENG telahpun menjelajah ke utara serentak dengan road tour ke selatan. Team utara memulakan road tour dengan menganjurkan Sergahan Upin & Ipin di USM, Pulau Pinang. Ketibaan kami disambut dengan mesra oleh petugas dan pelajar-pelajar di USM walaupun kebanyakkan pelajar sedang sibuk menghadapi peperiksaan.

Pintu hadapan USM, Pulau Pinang

Lokasi sergahan ialah disekitar Dewan Tuanku Syed Putra yang menjadi laluan utama pelajar-pelajar USM. Yang menarik sekali, terdapat juga peminat GENG pelbagai bangsa yang rata-rata sudah menonton filem GENG di pawagam.

Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan berhampiran dan peluang bergambar bersama maskot kegemaran mereka ini sedikit pun tidak dilepaskan. Kebanyakan pelajar yang sedang sibuk mentelaah pelajaran mereka terus meninggalkan buku dan nota mereka untuk melihat Upin & Ipin ini dari jarak dekat.

Pada sebelah malamnya pula, roadtour GENG beralih ke GSC Sunway Carnival, Pulau Pinang. Sebaik sahaja event bermula, pengunjung yang sudah mengenalpasti maskot Upin & Ipin terus bersama-sama meramaikan ruang legar panggung. Walaupun bukan pada hari hujung minggu, tayangan filem GENG di sini dikatakan penuh. Tidak kurang juga peminat kecil yang datang dengan berpakaian Upin & Ipin.

Peminat bergambar bersama maskot Upin & Ipin

Antara pelakon suara GENG yang membuat penampilan istimewa ialah Shafiq (Muthu), Kee Yong Pin ( Lim) dan Amir Izuan (Badrol). Selain dapat bergambar dan beramah mesra dengan mereka, semua peminat diberi poster GENG secara percuma.

Keesokkan harinya pula, kami menyergah UiTM, Perak. Berbeza dengan sergahan di IPT yang lain, sergahan di UiTM, Perak ini sudah dirancang dan kedatangan kami memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah di sana. Kami disambut baik oleh pensyarah manakala proses sergahan bertukar kepada sesi soal jawab dan ramah mesra bersama krew dan pelakon suara filem GENG.

Lebih 300 pelajar dan pensyarah memenuhi dewan dalam sesi soal jawab yang dianjurkan serta merta. Majlis yang berkonsepkan tidak rasmi ini berjaya memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada semua pelajar yang rata-rata sedang menuntut dalam jurusan grafik.

Inilah diantara panel yang menjawab soalan-soalan dari pelajar yang secara tak langsung mencetuskan minat terhadapa animasi dikalangan semua pelajar. Diakhir majlis ini, semua pelajar dan pensyarah dikejutkan dengan penampilan maskot Upin & Ipin yang pertama kali sampai di UiTM, Perak.

Antara pensyarah dan pelajar yang menjayakan majlis ini.

Lokasi terakhir di utara ialah di TGV Jusco Kinta City. Walaupun hanya terdapat 1 tayangan sahaja pada malam tersebut, namun peminat yang ada pada malam tersebut amat teruja dengan kemunculan maskot Upin & Ipin.

Ipin sedang mempromosi nadadering melalui bluetooth

Gambar kenangan bersama-sama krew GSC, Sunway Carnival, Pulau Pinang

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan roadtour GENG ke Utara. Kami mohon maaf sekiranya terdapat beberapa tempat dibahagian utara yang tidak sempat kami kunjungi. Walau bagaimana sekali pun kami masih tidak lupa dengan peminat-peminat di negeri-negeri lain.

Terima kasih kerana menyokong filem GENG dan jangan lupa mendapatkan barangan merchandise GENG yang original sahaja.