Wednesday, March 25, 2009

Fathiah & Kannan di "Ewah Ewah"

Pelakon suara Upin & Ipin serta Rajoo iaitu Adik Nurfathiah dan Kannan akan tampil di dalam rancangan berbentuk kuiz dan permainan "Ewah Ewah" keluaran TV3. Rancangan yang bersiaran setiap Rabu pukul 11pagi ini diacarakan oleh Nabil dan Raja Azura. Walaupun kali pertama kedua-dua pelakon suara ini berpeluang melibatkan diri dalam rancangan seperti ini, namun mereka berdua kelihatan sungguh aktif dan seronok.


Adik Nurfathiah dan Kannan yang berada di dalam pasukan yang sama beradu dengan personaliti kanak-kanak yang lain seperti dari idola kecil dan sebagainya. Ingin mengetahui apakah permainan yang mereka terpaksa tempuhi dan pasukan manakah yang menjadi juara?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi mereka berdua ini di saluran TV3 sikit masa lagi.