Thursday, March 19, 2009

Upin & Ipin di Pelancaran RTM Muzik Aktif

Majlis Pelancaran RTM Muzik Aktif telah dilangsungkan pada 16 Mac 2009 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Majlis pelancaran rancangan ini memaparkan kerjasama yang julung kali diadakan oleh RTM dan ASTRO dan dirasmikan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.

Penonton dihiburkan dengan nyanyian oleh artis tempatan pelbagai generasi dan latar belakang sesuai dengan tema "Segalanya Muzik" yang mengenengahkan 100% hasil anak tempatan. Muzik Aktif telah pun disiarkan di saluran 180 ASTRO dan ditayangkan secara 24 jam tanpa henti.


Majlis yang disiarkan secara langsung itu juga menyaksikan maskot Upin & Ipin melakonkan beberapa babak pendek sambil berlatarkan suara adik Nurfathiah. Maskot Upin & Ipin yang yang pertama kali dikehendaki berlakon secara langsung ini berjaya membuat penonton terhibur dan melepaskan rindu dengan watak kegemaran orang ramai ini.

Maskot Upin & Ipin ketika bersiaran langsung

Adik Nurfathiah ketika ditemubual oleh wartawan

Walaupun siri animasi Upin & Ipin tidak disiarkan di RTM tetapi populariti mereka amat ketara sekali apabila kebanyakan warga kerja RTM mengemari watak ini dan tidak melepaskan peluang bergambar ketika sebelum memulakan majlis ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua krew dibelakang tabir yang bertungkus lumus memastikan siarang langsung tersebut berjalan dengan lancar.