Thursday, January 01, 2009

Les' Copaque di Suarasa, Ipoh

Les' Copaque Production buat pertama kalinya menyertai acara Suarasa anjuran TV9 yang biasanya dianjurkan di setiap negeri. Les' Copaque bersama pasukan World of Geng dan pasukan produksi Upin & Ipin bersama-sama memeriahkan booth "Adik di 9" pada Suarasa kali ini yang telah diadakan di Ipoh, Perak pada 27 dan 28 Disember 2008.

Sememangnya sambutan yang sungguh luar biasa diterima dari warga Ipoh terhadap acara Suarasa ini dan khususnya kepada penampilan pasukan Les' Copaque di Dataran Ipoh.


Warga Ipoh mengerumuni tapak Suarasa walaupun cuaca pada kedua-dua hari tersebut agak tidak menentu.

Terdapat pelbagai acara menarik yang telah diadakan seperti kuiz Upin & Ipin serta pertandingan mewarna. Pemenang bagi setiap acara dihadiahkan produk cenderamata Upin & Ipin.

Yang ini pula ialah salah seorang pengacara di booth "Adik di 9" yang tidak putus -putus mempromosikan Upin & Ipin di sepanjang acara Suarasa. Adik ini ialah adik Shafimie yang terkenal dengan drama Bong dan Hikayat Putera Shazlan.


Selain itu sudah tentulah penampilan maskot Upin & Ipin yang amat dinanti-nanti oleh peminat setia Upin & Ipin di Ipoh. Maskot Upin & Ipin ini dikerumuni sebaik sahaja kelibat mereka kelihatan.

Terdapat juga beberapa orang personaliti Tv9 yang digandingkan dengan maskot Upin & Ipin untuk acara pentas. Antara personaliti yang terlibat ialah Nabil. Segmen ini juga dipancarkan secara lintas langsung di TV9 pada hari tersebut.

Yang ini pula ialah penampilan istemewa krew "Nasi Lemak, Kopi O" di booth "Adik di 9". Kemunculan mereka bukan sahaja memeriahkan lagi booth kami malahan menghiburkan pengunjung yang hadir.

Secara keseluruhannya Suarasa di Ipoh baru-baru ini amat menarik dan ambutan yang sungguh memberansangkan dari semua peminat Upin & Ipin serta Geng. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan atau disertai oleh Les' Copaque melalui laman blog ini. Sekiranya berpeluang pada masa akan datang kami akan menyertai lagi acara Suarasa di negeri yang lain pula.