Friday, March 06, 2009

Cerita-cerita Kenangan



Assalamualaikum....lega Atuk apabila kutipan filem Geng ini telah menjangkau RM5 juta setelah ditayangkan selama 3 minggu dan mendapat jaminan untuk diteruskan tayangan hingga ke cuti sekolah bagi beberapa panggung yang terpilih. Atuk harap semua peminat dapat menyokong filem ini supaya ia dapat mengalah kutipan Jangan Pandang Belakang (RM 5.78 juta) dan Cicakman 1 (RM 5.1juta) dan sekali gus menjadikan ia sebagai No. 1 Box office di Malaysia. Insyaallah!!!...

Kebelakangan ini Atuk banyak membaca blog-blog yang mengulas filem ini dan mendapati banyak blog yang memuji dan ada juga yang memberi komen yang berguna bagi cucu-cucu Atuk memperbaiki mutu kerja mereka dimasa yang akan datang. Atas tulisan semua peminat itu, Atuk ucapkan ribuan terima kasih dan sememangnya ia digunakan oleh produksi kami untuk meningkat mutu produk kami. Walau bagaimanapun, Atuk nak cerita sikit tentang beberapa komen yang di bangkitkan....pada yang suka dengar tu , bacalah. Tapi, kalau tak suka, pergilah tengok siri Upin dan Ipin kat youtube..he..he..

1. Nape Upin & Ipin tak jadi hero...
Masa mula nak buat filem ni, budak Upin & Ipin tu belum pandai puasa dan tak pergi sekolah pun. Jadi, dia orang tak pandai baca skrip. Sebab itulah kita bagi dia berlakun sikit aje kerana Anas kata penat nak ajar si Teah tu berlakun. Lepas mereka tu keluar kat TV9, dah jadi glamer pulak. Mulalah mereka demand nak berlakun banyak lagi dalam filem ni. Pening kepala Nizam dengan Opah nak bagi dia orang berlakun, skrip kena tukar, animation dah banyak buat. Badrul dan Lim pun naik angin, sebab dia oranglah yang patut jadi hero, tiba-tiba sikenit ni pula yang nak glamer. Atuk pun pening juga bila Upin dan Ipin minta bayaran lebih. Akhirnya Atuk suruh Nizam, pujuk dia orang, filem ni kita tambah sikit lagi dia orang punya peranan, nanti lain kali kita buatkan filem khas untuk si Upin dan Ipin. Sampai kebas mulut si Nizam melayan dia orang makan ais krim kat kedai Muthu...budak-budak, dapat ais krim senyaplah...he..he..

2. Nape Part Nyanyi tu Audionya Kureng?
Kalau nak tau , Opah tu memang peminat filem Hindustan no 1. Jadi, dia nak buat scene ala Hindustan, satu kampung menyanyi dan menari. Lepas tu dia suka bunyi harmonika, dan yang pandai main tu dah tentulah Ito dari Blues Geng. Atuk pun kena carilah dia sebab dia dah lama hilang dan budak-budak Les Copaque ni mana kenal orang tua ni. Akhirnya dapat dan suruh dia karang dua lagu untuk filem ni. Mula-mula lagu yang dia buat tak sedap, tapi dengan sabarnya kita bagitau dia macam mana yang kita hendak. Itu pasal dalam lagu blues tu ada rap untuk anak-anak generasi sekarang. Bila dah siap lagu tu, Atuk tanya dia berapa nak bayar dan kita bayar apa yang dia mahu. Malangnya, cucu-cucu Atuk ni tak pandai pasal audio, dia bagi dua track aja, music dengan vocal. Bila filem ni dah hampir nak siap, dan banyak orang surat khabar bagi liputan, member tu datang marah-marah cakap bayaran tak cukup. Kalau cakap baik-baik takpe...tapi.... Atuk bayar ajelah apa yang dia nak. Pada mulanya, memang niat kita nak naik kan dia balik melalui filem ni dengan releasekan soundtrack dan dengan music vedio muka dia. Tapi, dah dia buat Atuk angin, terus budak Safwan tu tukar muka dia jadi Red Indian. Bila kita buat mixing kat Kantana, barulah kita tau yang 2 track tu tak cukup....biasalah, dah dapat bayaran, nak tambah track...ok, ok ajelah. Nampaknya ....lagu tu kekallah kat filem aje...

3. Ape yang paling susah nak buat?

Budak Nizam dengan gengnya tu....semua dia orang boleh buat. Tapi bila part musik, semua tak pandai. Opah nak music Orchestra, Atuk kata parahlah ni sebab semua orang kata kalau nak buat kena pergi Australia nak rakam, kalau nak murah lagi kena rakam kat Bulgaria. Tapi masaalahnya siapa nak compose musik tu? Adalah satu Mamat ni mengaku pandai buat music orchestra...jadi Atuk kata dengan dia, kita nak buat "live interview". Atuk pun bawa dia pergi Thailand untuk bincang dengan Kantana Studio. Masa disana, Atuk suruh dia tanya pasal nak buat music utk filem ini dengan orkestra. Dia senyap aje macam tak tau ape-ape...lepas tu dia cakap kalau nak dia masuk campur, sain kontrak dulu. Turun aje kapal terbang... Atuk just say goodbye.

Lepas tu kita suruh Kantana buat music designnye....alamak, sebiji bunyi filem kartun. Lepas tu ambil lagi sorang Mamat, nak bayaran tinggi melangit dan pendahuluan setengah... bila bayar wang pendahuluan, dahlah musik dia macam advertisement...lepas tu suruh budak part time buat. Masa tu Faren dah join, dia pandailah buat musik dan pantau komposer ni. Terpaksa kita pecat dan ambil sorang lagi...itu pun serupa. Cucu-cucu Atuk kata bunyi musik dia macam dah dengar kat RTM. Rupanya dia komposer part time RTM dan tak boleh di tegur. Atuk pernah pelawa Ramli MS untuk buat music design, dia berminat tapi kesuntukan waktu ...terpaksa tolak. Akhirnya, Yuri Wong dan Faren yang buat...sedapkan?...bolehlah untuk orang yang pertama kali mencuba...he..he...

4. Sape yang buat Audio Design...
Audio design tu dia orang yang buat sendiri....ketuanya Superstar Shafik. Atuk bellikan dia orang microphone yang canggih dan portable digital audio recorder. Pandai juga dia orang reka sound design dengan mengadakan kajian yang begitu banyak dari internet camne studio besar buat. Macam-macam, benda dia cuba nak buat bunyi tu... pelastik, kayu, batu dan macam-macam lagi. Lepas tu Atuk dengan Nizam pergi ke Thailand untuk buat final mixing. Bila kita review balik dalam panggung besar, banyak bunyi kita dah tone down, takut budak takut sangat. Kalau yang asal, mungkin ramai anak-anak tak boleh tengok. Tapi apa pun, Atuk rasa, audio filem ni is one of the best for local filem. Kos pembuatannya, tidak termasuk yang dah habis kat komposer sengal tu mececah RM 600,000.....mahalkan?

Atuk....dah penatlah bercerita, kalau nak dengar lagi, lainkali Atuk cerita lagi apa yang terjadi.