Thursday, March 26, 2009

Menarik di dalam Majalah PC Keluaran April

Apa selepas GENG? Itulah tajuk utama di dalam Majalah PC keluaran terbaru bulan April 2009. Isu kali ini bukan sahaja menjawab soalan tersebut tetapi juga telah menemubual pengarah filem animasi GENG iaitu En Mohd Nizam. Isu ini juga menyentuh sedikit sebanyak mengenai projek akan datang yang sedang dalam p


Selain itu juga, seperti pada isu-isu yang lepas Majalah PC juga menyambung artikel mengenai proses animasi yang ke 3 iaitu "Rigging". Kepada pembaca yang sudah mengumpul artikel ini dari awal, inilah peluang untuk mendapatkan sambungan artikel tersebut. Pembaca juga berpeluang memenangi set DVD Upin & Ipin yang baru dengan menjawab soalan mudah menggunakan borang kuiz yang disediakan.

Dapatkan Majalah PC ini dikedai buku berhampiran sementara stok masih ada.