Seperti yang pernah diiklankan sebelum ini, Upin & Ipin akan mula ditayangkan di Disney Channel bermula pada 23 November ini pada pukul 3.30 petang. Ini merupakan siaran pertama episod Upin & Ipin di Disney Channel dan selepas ini akan disajikan dengan lebih banyak episod baru lagi. Upin & Ipin ini juga ditayangkan dengan dwi bahasa. Nak lihat bagaimana agaknya Upin & Ipin di dalam bahasa yang lain? Jadi jangan lupa janjitemu kita pada 23 November ini.