Nampaknya sekali lagi Upin & Ipin muncul dengan episod baru. Episod yang bertajuk "Jejak Rembo" ini bakal disiarkan pada 25 Nov ini pada pukul 5.30 petang dan tentunya di TV9. Apa agaknya cerita menarik mengenai kembar comel pada episod kali ini. Berdasarkan pada screenshot di bawah mereka berdua ini masing-masing mengenakan topi dan jaket. Manakala Ipin pula memakai cermin mata hitam dengan aksi sungguh segak. Kalau nak tahu apa cerita mereka kali ini jangan lupa menonton episod ini di kaca tv nanti.Anda juga boleh menonton episod ini di laman web rasmi Upin & Ipin iaitu di www.upindanipin.com.my ataupun di laman web BlueHyppo www.bluehyppo.com. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada webmaster@lescopaque.com
