Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada 7 & 8 haribulan yang lalu, pihak Les' Copaque Production & juga Upin & Ipin telah diberi peluang untuk membuat promosi barangan dan juga aktiviti bersama maskot dan juga pelakon suara Upin & Ipin bertempat di ruang legar Tingkat 1, Tesco Setia Alam.
Aktiviti yang bermula dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam ini adalah bertujuan untuk mempromosikan barangan Original Upin & Ipin yang akan menjengah masuk ke Bazar Rakyat Tesco Setia Alam tidak lama lagi. Pelbagai barangan Upin & Ipin dijual dengan harga yang murah dan seperti biasa, barangan yang menjadi rebutan pengunjung sudah tentulah Plush Toy Upin & Ipin atau lebih dikenali dengan nama Permainan Lembut U&I.
Cik Shima sedang giat mempromosikan Plush Toy
Upin & Ipin yang menjadi rebutan ramai.
Antara barangan yang dipromosikan denganharga yang murah.
Selain membawa maskot, kami juga telah menampilkan pelakon suara dari siri Upin & Ipin seperti Kak Ros, Ehsan, Fizi & Jarjit bagi beramah mesra bersama peminat-peminat kecil mereka. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Kuiz bersama Kak Ros, Musical Chair bersama Fizi dan juga menari Poco-poco bersama maskot. Pihak kami juga telah menyediakan perkhidmatan mengambil gambar bersama maskot menggunakan kamera Polaroid yang akan mencetak terus gambar peminat bersama maskot Upin & Ipin.
Kak Ros sedang menjalankan kuiz dan dibantu oleh En Zarin.
Ida Rahayu (pelakon suara watak Fizi) sedang mengelolakanpermainan Musical Chair bersama kanak-kanak
Pada hari ke-dua promosi ini berlangsung, kami telah berpakat untuk membawa khas maskot Rajoo menemui peminat-peminat di Tesco Setia Alam. Ini adalah pertama kali maskot Rajoo beraksi dan bersama-sama menjayakan aktiviti yang dijalankan. Setelah puas memujuk Rajoo, akhirnya beliau setuju untuk tidak membawa bersama haiwan kesayangannya iaitu Sapy ke Tesco Setia Alam!
Maskot Rajoo bergambar bersama Maskot U&Idan juga peminat cilik mereka.
beramai-ramai bersama maskot U&I
Keseluruhan perjalanan program ini amat memberangsangkan dan menyeronokkan. Pihak Les' Copaque ingin berterima kasih kepada semua peminat-peminat dan juga warga Setia Alam yang sanggup meluangkan masa mereka bersama kami. Bagi penduduk Setia Alam yang ingin mendapatkan barangan Original Upin & Ipin, anda boleh la berkunjung ke Lot F26, Bazar Rakyat, Tingkat 1 Tesco Setia Alam kerana di situ lah bakal terletaknya Butik Upin & Ipin yang akan dibuka tidak lama lagi.
