Friday, November 13, 2009

ARTIST OF THE SHOW : JEJAK REMBO

Apa khabar semua? Kali ini kami akan menyiarkan staf-staf yang telah menerima penghargaan ‘Artist of the Show”. Satu penghargaan bagi mereka yang telah berusaha gigih semasa pembikinan episod-episod dalam siri mini Upin dan Ipin.

Buat pengetahuan peminat Upin & Ipin di luar sana, penghasilan animasi amatlah mencabar. Namun semangat warga LCP tidak pernah luntur untuk memberikan yang terbaik buat peminat di luar sana. Disebabkan semangat inilah membuatkan HOD dan pihak pengurusan (Head of Department, and Management) ingin memberi penghargaan istimewa kepada mereka yang menunjukkan kesungguhan.

Berikut merupakan mereka yang bertuah untuk menerima penghargaan Artist of the Show bagi episod Jejak Rembo.

Inilah dia wajah-wajah Artist of the Show kali ini!



Klik untuk size besar!
  • Audio – Muiz
  • Animation – Lai Kuan
  • Character Rendering – Fila
  • Background Render – Zirul
  • Compositing – Diin
  • Compositing – Zafi
  • Design – Sarah

Pemilihan dilakukan oleh setiap ketua jabatan. Penelitian dari segi usaha, penglibatan dan sikap positif dalam menjalankan tugasan adalah antara faktor-faktor yang diambil kira. Diharapkan penghargaan ini akan mewujudkan persaingan sihat di antara satu sama lain sekaligus meningkatkan kualiti siri animasi Upin dan Ipin pada masa hadapan. Pada yang lain usah berkecil hati, kerana tidak pernah sekali kami memperlekehkan usaha anda. Setiap usaha dan komitmen yang diberi amatlah kami hargai :)

P:S/> Kepada pembaca di luar sana yang tertanya-tanya apakah kisah Upin & Ipin yang seterusnya, nantikan entri seterusnya dari kami.

Written By : Idaman / Sarah / Fuad
Visuals By : Sarah