
Sempena cuti sekolah ini adik-adik akan dihidangkan dengan episod terbaru Upin & Ipin yang lebih menghiburkan. Bermula dengan episod "Upin, Ipin dan Apin" yang akan disiarkan pada 23 & 24 November ini pada pukul 5.30 petang dikaca televisyen anda. Episod terbaru ini berkisarkan mengenai sahabat baru Upin & Ipin iaitu seekor anak kucing yang diberi nama Apin. Upin & Ipin mengambil keputusan untuk membela Apin setelah menjumpai Apin di dalam semak ketika sedang bermain. Bagaimana agaknya reaksi Opah dan Kak Ros? Apa pula masalah yang bakal dihadapi oleh Upin & Ipin sekiranya ingin menjaga Apin? Nantikan episod ini pada tarikh tersebut di TV9.
Anda juga boleh menonton episod ini di laman web rasmi Upin & Ipin iaitu di www.upindanipin.com.my ataupun di laman web BlueHyppo www.bluehyppo.com. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada webmaster@lescopaque.com
