Salam semua...Ha...edisi kali ini lain sikit daripada yang lain..ini kerana, entry kali ini akan ceritakan tentang satu pertembungan klasik di antara warga LCP dan warga LCM. Sebenarnya, 1 perlawanan persahabatan futsal telah diaturkan melibatkan kedua-dua pasukan ini. Bertempat di Frenzy Futsal, perlawanan yang bermula jam 10 malam ini diadakan pada hari khamis yang lalu (12 November 2009).
LCP bersepakat untuk memakai baju berwarna merah manakala LCM yang diperkuatkan dengan 2 orang staf Bruang Film (Udd dan Shahrul) memilih untuk memakai baju World Of Geng yang mempunyai logo katak sebagai jersi mereka.
Perlawanan persahabtan yang berlangsung selama 2 jam ini menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol. Namun LCM terlebih dahulu berada di depan dengan mendahului 9-3. Namun semangat pemain LCP tidak luntur begitu sahaja. Mereka terus melancarkan serangan dan berjaya mengikat kedudukan 9-9. Pemain saling bertukar keluar dan masuk,namun ianya tidak mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan.
Perlawanan hebat ini berakhir dengan jaringan yang cukup besar apabila kedua-dua pasukan terikat 14-14. Perlawanan ulangan akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, tunggu....!!!






