Hai! Inilah sesi TEAM-TRODUCTION yang julung-julung kali di siarkan dalam blog ini! Dalam sesi ini, kami akan memperkenalkan ahli pasukan di sebalik Les' Copaque Production. Untuk minggu ini, kami akan membawa anda, pembaca setia blog kami lebih dekat dengan Design Department.
Design Department, team yang mereka dan menghasilkan design-design untuk U&I sebagai merchandise, yang kemudiannya di jual di outlet U&I. Rata-rata ahli team-design adalah graduan dari course Graphic Design dan Multimedia.
Messy Board (Board Semak)
Di mana design-design yang lama atau baru disemakkan di sini, di mana designers boleh melihat sebagai rujukan. Juga untuk paparan semua orang.
Ini dia wajah designers Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
Mari mengenali mereka!
Click for a bigger picture.
FUAD
Fuad Md. Din. Tugas dia untuk memastikan setiap kerja yang diberikan kepada Design Team berjalan dengan lancar dan siap tepat pada masa yang ditetapkan. Walaupun orangnya tinggi berbadan besar tapi hatinya lembut. Prinsip dia adalah, “We are a family, together we rise, divided we fall”.
Kegemaran : Pokka Green Tea & Star Wars
Benci : Windows
QILA
Raidah Aqilah atau lebih dikenali sebagai ‘Killer Rider’ di LCP. Kenapa? Kerana die mempunyai senyuman maut. Seorang yang sangat lemah lembut dan bersuara halus. Tapi kreativiti dia sangat luar biasa. Bukanlah calang-calang orang gadis pemalu ini. Seorang yang sentiasa berpandangan positif. Agak pendiam, tetapi selepas pukul 6, ‘Killer Rider’ menjelma.
Kegemaran : Sailormoon, Slamdunk, Motor besar, Komik dan Vitagen Putih.
Benci : Tabung Rukawa di jentik orang.
ADAM
Adam Amiruddin. Insan yang paling kuat ketawa di LCP. Dari pandangan luaran, seorang yang suka bermain dan kebudak-budakkan. Berjiwa muda. Oleh itu, idea yang dikeluarkan ‘fresh’, menarik dan hebat-hebat belaka, sesuai untuk menghasilkan karya kanak-kanak seperti upin dan ipin. Adam pandai membahagikan kerja dalam Design Team. Sangat suka bermain nintendo DS, mungkin kerana inilah dia bergeliga dan sentiasa mencetuskan idea baru.
Kegemaran : Mengumpul mainan Batman, dan Robin, Nintendo DS
Benci : Sony PSP
IZS
Nur Izdiany Shaharom atau Izs sebagai nama manja. Seorang yang penyabar dan suka menyanyi. Dalam Design Team ni, penampilan dan pemikiran izs tampak lebih matang daripada yang lain. Seorang pakar website, HTML? XTML? Tiada masalah bagi Izs. Dia lah penggerak website Upin & Ipin. Bijak berkata-kata dan selalu memberi falsafah hidup kepada kami semua.
Kegemaran : Berbahasa berbunga-bunga & Karaoke
Benci : Tempat Design yang bersepah setiap pagi.
SAL
Sallyna Ahmad Yakob atau Sal panggilan mesra. Seorang yang agak kelam kabut, sentiasa menunjukkan emosinya melalui ekspresi muka dan gerak badannya. Apabila, seronok, takut atau gembira, pasti mendengar suara lantangnya memenuhi ruang udara LCP. Sentiasa mendengar arahan dan kuat berusaha. Cepat tangkap tunjuk ajar yang diberikan kepadanya. Kadangkala tampak ganas tapi berjiwa sensitif.
Kegemaran : Teddy Bear & Karaoke
Benci : Kelam-kabut.
LEMAN
Suleiman Bakti Azlan atau nama timangan Leman. Seorang yang gemar berlawak jenaka bagai nak pecah perut dan kejang mulut Design Team kerana ketawa yang melampau. Hasil karya dia konsisten, kualiti setiap karya sentiasa terjaga. Mendengar pendapat orang lain untuk memperbaiki hasil karya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Masa kerja masih bergurau senda, tapi kerja tetap berjalan. Peminat Elvis Presley sejati. Style rambut dia pun disikat seperti Elvis.
Kegemaran : Elvis Presley & Karaoke
Benci : Makanan manis, coklat, kek.
HIZRAL
Hizral Ashraq Zakaria atau Hizral. Perwatakan seperti seorang ayah. Oleh itu, Hizral ini seorang yang ringkas dan santai. Dia mempunyai pengalaman bekerja banyak dan sering tunjuk ajar Design Team menggunakan perisian komputer yang baru, malah yang tidak pernah dengar pun ada. Tidak kedekut ilmu orangnya.
Kegemaran : Games & XBOX 360
Benci : PS3.
NAS
Mohd Nasrun Nasir atau Nas. Tambahan paling baru dalam Design Team. Tak banyak bercakap. Malu-malu kucing bak pepatah orang melayu. Peminat Spiderman yang sejati, mempunyai bakat yang terpendam tapi masih segan untuk menonjolkan bakat. Ada potensi untuk menjadi lebih hebat. Senang berkawan dan pandai menyesuaikan diri.
Kegemaran : Spiderman & Transformers.
Benci : Iron Man
SARAH
Sarah Nadhirah Azman atau Sarah. Perwatakan seperti seorang 'diva' kerana cara dia bercakap seperti garang. Seorang yang baik hati, jujur, rajin dan sangat berdedikasi pada kerja. Sentiasa menceriakan Design Team dengan telatah dia yang kuat bercakap. Orang kedua paling kuat ketawa di dalam LCP (Selepas Adam)
Kegemaran : Gosip dan Fashion.
Benci : Gelaran Diva.
Sekian untuk sesi Team-troduction kali ini, seterusnya kami akan memperkenal kan team-team lain!
Written By : Fuad & Sarah
Photo By : Sarah



