Menyusul episod Jejak Rembo, Penghargaan Artist of the Show kali ini kembali dengan wajah-wajah baru ahli pasukan yang menerima penghargaan ini. Kepada pembaca yang baru mengikuti blog kami, boleh rujuk post sebelum ini bagi memahami serba sedikit tentang Artist of the Show ini.
Pada episod kali ini, penerima penghargaan terdiri daripada :
OMBAK!!!
Kevin
- Komitment yg diberikan amat tinggi, disamping itu kualiti shot semakin meningkat, diikuti dengan performancenya yang tinggi dapat dikekalkan berturut-turut. Juga seorang yang reliable dan banyak membantu. - Hassan, Nazmi
Squall
- "He is willing to improve himself technically in terms of color and skills". Dari segi berkomunikasi dan konfiden sudah banyak peningkatan dalam menyiapkan shot-shot mahal. - Saf, Haris & Din
Leman
- "Beliau sangat bertanggungjawab, dan sense design dia sudah bertambah maju. Banyak menyumbang idea,dan juga design beliau lebih pelbagai dan menarik". - Fuad, Adam, Kila
Akob
- "Banyak peningkatan, dan sangat komited dalam menyiapkan tugas dan tanggungjawab yang diberi." - Ropi
Juan
- Selain dari workload sendiri, beliau juga mengurus checklist untuk team-rendering. Juga, beliau juga sangat aktif menyertai event. Beliau pandai menguruskan masa walaupun banyak tugas, dan event yang disertai tetapi semuanya dijalankan dengan baik, dan tak menjadi alasan untuk melengahkan kerja yang diberi. - Ee
Ice
- Ice merupakan tenaga kerja yang baru masuk, tetapi dia menunjukkan komitmen yang tinggi seperti orang yang sudah lama bekerja. Dia juga good team-player. - Faren
Itulah dia staff-staff yang terpilih pada episod kali ini!
Written By : Fuad
Visuals & Photo By : Sarah

