Monday, November 16, 2009

Selamat Pengantin Baru Usamah Zaid

Wah, tahniah diucapkan kepada Usamah Zaid iaitu pengarah animasi bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya iaitu Azi Safian. Majlis perkahwinan yang dilangsungkan dengan meriahnya di Kampung Pengantin, Setapak dengan berkonsepkan bollywood ini telah dihadiri dan dimeriahkan oleh semua staff LCP yang juga sangat teruja dengan majlis perkahwinan ini.

Signboard Kampung Pengantin
(gambar credit to prettypeektures)

Suasana di dewan perkahwinan

Video montage sebagai permulaan majlis

Majlis yang bermula sekitar 8:30 malam ini dimulakan dengan persembahan video montage berkaitan dengan pasangan mempelai ketika majlis akad nikah dan mengenai latar belakang mereka berdua. Turut bersama-sama berkongsi kemeriahan, hampir kesemua staff LCP turun dengan berpakaian ala-ala bollywood yang baru dibeli dari Little India beberapa hari sebelum malam majlis. Lengkap dengan sari dan gelang tangan, kesemua staff wanita nampak begitu ayu dan cantik dengan pakaian bollywood masing-masing. Tidak kurang juga dengan staff lelaki yang mengenakan khurta pelbagai warna dan corak bagi menyesuaikan dengan majlis.

Antara staff wanita yang kelihatan cantik
berpakaian ala-ala bollywood

Staff lelaki juga tidak melepaskan peluang berpakaian Khurta

Atok dan Opah ketika menjamu selera

Namun disebalik kecantikan pakaian bollywood masing-masing, sudah tentulah pakaian pengantin yang paling menarik. Zaid dan Azi yang lengkap dengan pakaian tradisional bollywood muncul dikhalayak ramai dengan lagu yang rancak dan sekaligus mengamit perhatian tetamu. Pasangan pengantin yang nampak sangat sepadan ini kemudiannya turut menyertai tarian bollywood yang sedang diadakan dan turut mendapat tepukan dari para tetamu. Staff LCP juga tidak melepaskan peluang menyertai tarian beramai-ramai setelah setiap minggu berlatih tarian poco-poco di office. Tarian lagu hindustan ini, sememangnya menjadi klimak acara pada majlis malam tersebut.

Zaid dan Azi ketika memotong kek

Suasana ketika menari ala-ala bollywood
(gambar credit to prettypeektures)

Zaid dan Azi
(gambar credit to prettypeektures)

Semua staff LCP bergambar bersama pengantin

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan pengantin ini yang kelihatan bagai pinang dibelah dua. Mudah-mudahan selepas ini akan membuka lebaran baru buat Zaid di dalam hidupnya dan kami mendoakan kebahagian mereka berdua. Selepas ini siapa lagi yang akan mendirikan rumah tangga ye? Kita tunggu saja la nanti.