Selepas seminggu berakhirnya rumah terbuka untuk fanclub Upin & Ipin di Les' Copaque, kali ini kami mengadakan rumah terbuka khas Les' Copaque. Antara yang dijemput hadir ialah keluarga-keluarga warga kerja Les' Copaque sendiri, rakan-rakan media, rakan-rakan industri dan semua pihak-pihak yang banyak membantu kami seperti MDeC,TV9,FINAS dan MIMOS.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat yang hadir pada hari tersebut. Dengan berakhirnya rumah terbuka ini maka berakhirlah sambutan hari raya pada tahun ini dan diharapkan semua peminat akan terus menyokong Upin & Ipin dan jangan lupa menyaksikan filem GENG yang akan diberitahu tarikh tayangannya kelak.