Monday, November 24, 2008

Lawatan Karangkraf - G3 dan Majalah Pc

Sebut saja apa-apa majalah keluaran Karangkraf sudah pasti semua orang mempunyai majalah kegemaran masing-masing. Jumlah majalah keluaran Karangkraf saja hampir 30 jenis merangkumi pelbagai focus dan skop. Sudah tentu ramai yang berhasrat ingin melawat ke studio KarangKraf jika berpeluang. Tetapi buat pertama kalinya, Karangkraf sendiri yang melawat ke studio kami. Kami amat berbesar hati menerima lawatan dari 2 team utama majalah Karangkraf iaitu G3 dan Majalah Pc.

Lebih kurang 20 orang staff dari Karangkraf yang terdiri dari editor dan pelukis komik berkunjung ke studio kami seawal 10 pagi. Setiap penerangan dan penjelasan dari setiap department diceriakan dengan telatah dan respon menarik dari mereka.Inilah antara kartunis terkenal G3 iaitu Gayour dan A'an Budak Baik yang tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan studio kami.

Sebelum sesi lawatan tamat, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar dihadapan World Of Geng. Kami mungkin juga akan membuat lawatan ke Karangkaf dalam masa terdekat ini, namun tarikhnya masih belum dipastikan lagi.



Ini merupakan 'buah tangan' dari mereka sebagai tanda cenderahati lawatan.