Ini adalah Yakob Faizal b. Mohd Kamal Bahrin a.k.a Akob. Beliau adalah lulusan dari MMU. Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang IT. Sekarang beliau bekerja sebagai Graphic Designer. Beliau terlibat dalam penghasilan rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.
Ini pula Raidah Aqilah bt Ahmad Jamalluddin atau nama panggilannya Kila. Beliau adalah lulusan UITM Shah Alam. Beliau mengambil jurusan Graphic & Digital Media. Beliau juga terlibat dalam rekaan baru barangan Upin dan Ipin sebagai Graphic Designer.
Yang terakhir sekali adalah Suleiman Bakti b. Azlan atau nama panggilannya Leman. Beliau adalah lulusan Politeknik Johor Bahru. Beliau mengambil pengkhususan dalam Advertising. Beliau juga terlibat dalam rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.Sekarang kita ke bahagian Script Writing pula. Ada 2 muka baru yang akan membantu dalam penghasilan skrip untuk projek akan datang.
Ini adalah Maziiana Mohd Azhari atau nama panggilannya Nana.Beliau adalah lulusan UITM.Beliau mengambil pengkhususan dalam Screen Film.
Seterusnya Neng Rahayu@Bayu bt Ismail atau nama panggilannya Neng.Beliau juga adalah lulusan dari UITM Shah Alam.Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Script Writing.Sekarang kita ke bahagian Storyboard pula.Hanya seorang sahaja yang diambil untuk mengisi kekosongan bahagian ini.Bahagian ini diisi oleh Muhd Khidzir b Abu Shukor.
Nama panggilannya Eday. Beliau juga lulusan dari UITM Shah Alam. Beliau mengambil pengkhususan dalam Fine Art. Sekarang beliau juga terlibat dalam rekaan baru untuk barangan Upin dan Ipin.
Bahagian pengurusan pula diisi oleh Nurul Huda bt Sharabuddin atau nama panggilannya Nurul. Beliau juga lulusan UITM Shah Alam. Beliau mengambil pengkhususan dalam Tourism Management. Beliau bekerja sebagai Admin Assistant. Beliau akan membantu dalam urusan pentadbiran syarikat.Sekarang kita ke bahagian merchandising pula. Dalam bahagian ini ada 3 muka baru yang akan membantu dalam melancarkan lagi pengurusan merchandising.
Faizatul Nurhanis bt Halid atau nama panggilannya Hanis. Beliau adalah lulusan Segi International College. Beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Visual Animation. Beliau bertugas sebagai Admin & Sales Assistant.
Ini pula adalah Ahmad Shazuan b Mohd Sahal Fikri atau nama panggilannya Shazuan. Beliau bertugas sebagai Storekeeper dan juga membantu dalam bahagian Sales.
Muhammad Izzat Azizi b Shahdan atau nama panggilannya Ijat.Beliau juga membuat tugas yang sama dengan Shazuan iaitu Storekeeper dan juga Sales.Les' Copaque mempunyai satu bahagian baru iaitu bahagian Filem. Setakat ini bahagian Filem hanya terlibat dalam penghasilan 'Geng:The Making Of'. Bahagian ini diisi oleh 2 orang iaitu:
Shahrul Nizam b Arifin atau nama panggilannya Shahrul.Beliau adalah lulusan dari Cosmopoint. Beliau Mengambil jurusan dalam Computer Graphic Design. Sebelum menyertai Les' Copaque beliau juga pernah terlibat dalam Filem, Tv Commercial dan juga Drama. Diantaranya adalah Abang 92,Burung Besi (Filem), Breeze ( TVC), Usia (Drama).