Anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya bergambar bersama replika cek RM40,000 sumbangan dari Avon dan Chef Wan.
Kemunculan istimewa maskot Upin dan Ipin sempena meraikan anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya.Kelihatan adik-adik kecil ini begitu gembira dapat naik ke pentas bersama maskot Upin dan Ipin.
Upin sedang beramah mesra bersama para tetamu.Dynas selaku duta Avon juga turut datang untuk memeriahkan majlis Rumah Terbuka Avon.Eh!mana Ipin yee...?
Haaaa....sini rupanya Ipin.Ipin juga tidak ketinggalan untuk bersalam-salaman dengan peminat-peminatnya.Ramai rupanya peminat Upin dan Ipin di sana.
Eh! Kak Ros dengan siapa tu?Macam kenal kan.Cube teka?Tepat sekali... En Azlee dan En Wahid dari kumpulan Senario. Mereka juga turut sama terlibat dalam meraikan anak-anak yatim, miskin dan kurang upaya. Sebenarnya Kak Ros sedang mengadakan sesi kuiz Upin dan Ipin bersama para tetamu.Kak Ros:Apa nama tadika dalam siri Upin dan Ipin?
a) Tadika Ceria
b) Tadika Gembira
c) Tadika Mesra
En Azlee: Tadika Mesra
Kak Ros : Tepat sekali jawapan En Azlee
Selepas sesi bersama Upin dan Ipin tamat, kami menjamu selera dengan juadah Aidilfitri yang disediakan oleh pihak Avon.Banyak juga juadah yang sedap-sedap disediakan di sana, nasi dagang pun ada tau.
Kami bergambar kenang-kenangan bersama para pekerja Avon yang menjayakan Majlis tersebut.Smile......everyone
Haa...yang di tengah-tengah tu macam pernah nampaklah kan.Siapa lagi kalau bukan Chef Wan. Jangan cemburu ye kawan-kawan di luar sana.Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Avon kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan Rumah Terbuka mereka.Terima kasih juga kerana memberi kami saguhati barangan Avon.Insyaallah kalau ada rezeki kita bertemu lagi tahun hadapan.