Monday, November 10, 2008

Upin dan Ipin Di Sekolah

Sambutan terhadap Upin dan Ipin amat menggalakkan, baik dari golongan kanak-kanak hinggalah ke dewasa.Kami menerima banyak permintaan dari pelbagai pihak untuk membuat kunjungan ke tempat mereka.Baru-baru ini pada 8 November 2008, kami telah dijemput untuk memeriahkan majlis sempena sambutan 'Hari Membaca' di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam.Majlis tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk lebih minat membaca selain untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu-bapa, murid-murid dan juga guru.Diantara yang terlibat pada hari tersebut adalah En Ghadafi, En Faliq, En Ezuwan dan En Haris.

Ketibaan maskot Upin dan Ipin sememangnya dinanti-nantikan oleh murid-murid disana.Sebaik deejay mengumumkan kemunculan maskot Upin dan Ipin, kami dikerumuni ramai murid-murid yang sememangnya meminati Upin dan Ipin.

Lihatlah bagaimana adik-adik disana mengerumuni maskot Upin dan Ipin.Sambutan yang kami terima memang di luar jangkaan.Nasib baik pengiring kami iaitu En Faliq dan En Haris dapat mengawal keadaan disana.Selain beramah mesra bersama adik-adik disana, kami ada memberi sedikit saguhati kepada adik-adik disana sebagai kenang-kenangan.

Upin begitu gembira melayan telatah adik-adik disana.Adik-adik disana sempat mengajukan soalan "Kak Ros tak datang ke?".

Selain kehadiran maskot Upin dan Ipin, kami juga ada membuka booth jualan barangan Upin dan Ipin yang dikendalikan oleh distributor kami En Roni.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaaan Seksyen 9 kerana sudi menjemput kami untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.Kami juga sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan hati adik-adik disana.Insyaallah ada peluang pasti kami akan bertemu lagi dengan adik-adik disana.Rajin-rajin membaca ye.