Saturday, November 15, 2008

Lawatan dari SMK Gombak Setia

Seperti yang diketahui oleh semua, sekarang merupakan waktu peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil SPM pada tahun ini. Pada waktu sebeginilah pelajar-pelajar tahun lain mengambil peluang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Les' Copaque Production. Pelajar dari SMK Gombak Setia turut tidak melepaskan peluang ini untuk melihat sendiri proses animasi yang dilakukan di Les' Copaque.

Lawatan pada hari tersebut dikendalikan oleh En Mohd Zarin dan Cik Ida Rahayu. Rata-rata pelajar pada hari tersebut walaupun masih diperingkat sekolah menengah tetapi sungguh berminat dengan teknik-teknik animasi dan produk animasi yang dihasilkan oleh syarikat kami.

Seperti biasa lawatan juga merangkumi penerangan untuk semua proses animasi yang diterangkan secara terperinci oleh kakitangan yang bertugas pada hari tersebut.

Sesi bergambar mengakhiri proses lawatan sambil belajar pada hari tersebut. Diharapkan lawatan pada hari tersebut sedikit sebanyak dapat memberi maklumat yang berguna kepada semua anak-anak muda ini dan jangan lupa saksikan GENG dipawagam nanti.