Showing posts with label Visits. Show all posts
Showing posts with label Visits. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Lawatan dari Kolej PTPL Sentral

Hai semua...

Rasanya dah lama kami tak update mengenai lawatan kan? Pada tahun baru ini, lawatan pertama yang kami terima adalah dari para pelajar Kolej PTPL Sentral. Semua mereka yang terdiri dari 34 orang adalah merupakan pelajar jurusan Graphic Design.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada para pelajar tentang proses sesuatu animasi dijalankan, disamping mereka juga berpeluang meninjau-ninjau peluang pekerjaan di sini. Ada yang berminat nampaknya.


Cik Nurul & En Ainur sedang memberi
penerangan tentang latarbelakang
syarikat


Masuk ke dalam bilik audio / rakaman.
Ada yang berminat jadi pelakon suara ke?


Di department Rendering. En Razuri sedang
khusyuk memberi penerangan.


Semasa lawatan, kami di Les ' Copaque akan memberikan penerangan di setiap department mengenai proses untuk menyiapkan sesebuah animasi. Di harap, dengan penerangan dan lawatan ini, pihak kami dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih bersemangat nanti.

Untuk tempahan tarikh lawatan, anda boleh hubungi Cik Nurul di talian 03-5511 8089. Lawatan hanya terbuka untuk pelajar menengah atasan atau penuntut universiti sahaja.


Tuesday, June 29, 2010

Lawatan dari Wyeth

Pada Selasa 22 Jun lepas, Les Copaque telah menerima kunjungan daripada syarikat Wyeth, yang juga merupakan penaja bersama bagi siri Upin & Ipin di TV9. Syarikat Wyeth ini merupakan syarikat farmaseutikal antarabangsa yang terkenal dan antara produk-produk mereka yang terkemuka adalah jenama susu S-26.

Book dan Fila mendengar tentang khasiat
susu S-26 dari staff Wyeth.

Delegasi dari Wyeth telah memberikan penerangan mengenai sejarah produk susu S-26 dan juga perancangan promosi produk tersebut bersama Upin & Ipin . Sample susu juga telah disediakan dan ramai warga Les Copaque telah mencubanya. Lebih menarik lagi, delegasi Wyeth juga telah membawa cupcake yang telah dibuat khas menggunakan susu S-26 Promise Gold. Cupcake yang dibawa memanglah sedap dan telah habis dalam beberapa minit. Wyeth turut juga menghadiahkan goodie bags kepada semua staff Les Copaque. Terima kasih Wyeth!

Is mencuba susu S-26 Mama. Jangan takut,
tak mengandung pun boleh cuba. hehe.

Faris menikmati kelazatan susu S-26

Selepas staff Les Copaque dan Wyeth telah beramah-mesra di lobi office kami, Atok (a.k.a. Tn Haji Burhanuddin) telah membawa delegasi Wyeth untuk melihat bagaimana proses pembikinan animasi Upin & Ipin dijalankan di studio kami.

Kami berharap kerjasama Les Copaque dan Wyeth akan terus maju dan kuat. Kepada ibu-ibu dan bakal ibu, cubalah produk S-26 dari Wyeth. Nanti anak-anak jadi comel dan pandai macam Upin & Ipin. hehe.

Cupcake special yang diperbuat dari susu
S-26 Progress Gold. Sedap!


Friday, February 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar dari UPM

Sememangnya Les' Copaque tak lengang dari menerima lawatan khusus dari pelajar-pelajar dari IPTA mahupun IPTS tempatan. Baru-baru ini kami menerima kunjungan istimewa dari pelajar-pelajar tahun akhir UPM yang rata-ratanya mengambil bidang pendidikan. Dengan bertujuan sebagai memberi pendedahan ringkas sebelum mereka ini bekerja sebagai pendidik, lawatan hampir 2 jam ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka. Lebih 20 orang pelajar termasuk tenaga pengajar awal-awal pagi lagi telah menjejakkan kaki di lobi Les' Copaque. En Zarin selaku pegawai bertugas telah menyambut dan memberi penerangan serba ringkas mengenai aturcara lawatan pada hari tersebut.

Taklimat ringkas sebelum lawatan dijalankan

Suasana ketika di dalam studio rakaman

Kesemua pelajar-pelajar ini yang begitu bersemangat agak teruja dengan suasana kerja di sini dan masing-masing kagum dengan hasil kerja animators dan krew-krew yang lain. Dibawa melawat setiap department, pelajar-pelajar ini diterangkan mengenai proses asas animasi, rendering, muzik, efek, modelling dan juga rakaman suara. Walaupun mereka tidak belajar secara terperinci mengenai apa yang mereka lihat, tapi pendedahan sebegini amat berguna dan boleh diapplikasikan semasa mengajar nanti.

Teruja melihat cara krew LCP bekerja

Terhibur melihat cara Azfaren, komposer muzik
Upin & Ipin mencipta lagu

Walaupun hanya separuh hari di sini, tapi masing-masing pulang dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Diakhir sesi lawatan, semuanya dibawa ke U & I boutique yang baru sahaja berwajah baru. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua pelajar-pelajar kerana meluangkan masa bersama kami di sini. Diucapkan selamat maju jaya dengan karier yang bakal ditempohi selepas ini.

Aktiviti membeli belah di U & I Boutique
pasti tak dilepaskan

Bergambar kenangan


Friday, March 20, 2009

Lawatan dari Universiti Malaysia Kelantan

Pada Khamis 19 Mac, Les Copaque telah menerima kunjungan daripada Universiti Malaysia Kelantan. Kebanyakan pelajar yang telah datang melawat adalah dari kursus Multimedia dan terdapat juga pelajar daripada kursus Mass Communication.
Lawatan telah dikendalikan oleh En. Razuri, En. Faren dan dibantu oleh En. Nazuan dan En. Raffe. Seperti biasa, pengenalan dan sejarah tentang Les Copaque diberikan sambil disajikan video-video yang berkaitan dengan produksi animasi. Setelah tamat sesi pengenalan, rombongan 40 orang ini telah dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi memudahkan aturcara lawatan.



Penerangan bagi proses modeling oleh En. Faizu

Penerangan bagi proses modeling oleh En. Akmal

Penerangan bagi proses rendering oleh En. Nazuan

Penerangan bagi proses compositing oleh En. Suriaddiin

Penerangan bagi proses pembikinan music oleh En. Faren

Selepas melawat proses pembikinan animasi, rombongan telah dibawa ke kedai cenderahati kami - World of Geng - yang terletak di sebelah ofis kami. Setelah puas ber'shopping', video "Geng: Di Sebalik Tabir" telah ditayangkan dan seterusnya majlis pun bersurai setelah bertukaran hadiah dan cenderahati. Terima kasih kami ucapkan kepada rombongan dari Universiti Malaysia Kelantan. Study hard and be the best!


Tuesday, March 17, 2009

Lawatan dari Kelab Perbendaharaan Selangor, SUK

Seramai 20 orang wakil daripada Kelab Perbendaharaan Selangor telah mengunjung ke Les' Copaque siang tadi. Kelab Perbendaharaan Selangor merupakan sebuah kelab dari Setiausaha Kerajaan Selangor. Lawatan kali ini dikendalikan oleh En. Saf dan En. Ghadafi.

Tayangan video oleh En. Ghadafi dan En. Saf sambil menerangkan mengenai Les' Copaque

Para pengunjung yang sedang bergembira menonton video yang ditayangkan

Lawatan bermula dengan tayangan video proses animasi dijalankan berserta dengan video PSA, trailer animasi GENG dan beberapa lagi video yang lain. Lawatan diteruskan lagi dengan kunjungan ke bahagian produksi dimana para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses animasi dijalankan.

Add VideoProses modeling pula diterangkan oleh En. Faizu

En. Ashraf sedang menerangkan langkah-langkah yang digunakan untuk menggerakkan model 3D dalam proses animasi

En. Razuri sedang menerangkan tentang proses rendering

Disini kelihatan En. Faren menunjukkan beberapa cara dan hasil kerjanya dalam menggubah muzik

En. Zaki di dalam bilik audio menerangkan tentang proses rakaman suara dan efek bunyi dalam proses audio

Para pengunjung sempat bergambar bersama-sama beberapa pelakon suara siri Upin & Ipin

Pemberian cenderahati daripada wakil Kelab Perbendaharaan Selangor kepada Ghadafi
Gambar kenangan sebelum tamatnya lawatan dihadapan Bangunan Les' Copaque.

Terima kasih atas kunjungan anda! Kami berharap ilmu yang dikongsi sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua.


Monday, February 16, 2009

Lawatan dari Politeknik Sultan Idris Shah

Kemunculan siri animasi Upin & Ipin yang semakin mendapat tempat di hati penonton serta kemunculan kembar kesayangan ini buat julung kalinya di pawagam dalam filem Geng : Pengembaraan Bermula sedang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat animasi 3D. Pada 10hb Februari 2009, seramai 38 orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah bersama beberapa orang pensyarah telah datang untuk melihat proses animasi 3D dengan lebih dekat. Lawatan kali ini dikendalikan oleh En. Razuri dan Cik Ida.

Salah seorang pelajar sedang merakam "presentation" oleh En. Razuri dan Cik Ida. Kesemuanya tekun mendengar taklimat dan pelbagai soalan diajukan berkenaan dengan proses pembikinan animasi di Les' Copaque Production.

En. Zaki sedang menerangkan proses rakaman audio dan bagaimana kesan bunyi dihasilkan. Para pelajar sungguh teruja memasuki sutio rakaman dan demonstrasi kesan bunyi juga menarik perhatian mereka.

En. Akmal menerangkan bagaimana proses model watak dilakukan.

En. Nazmi selaku animator memberi penerangan tentang proses animasi dengan penuh bersemangat.

En. Raffe menerangkan proses rendering kepada para pelajar.

Sempat membeli barangan eksklusif Geng : Pengembaraan bermula dan upin & Ipin di WOG.

Diharapakan para pelajar serta pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah berpuas hati dengan penerangan dari pihak kami. Semoga lawatan ke Les' Copaque Production sedikit sebanyak telah membakar semangat para pelajar untuk menaikkan lagi industri animasi Malaysia.

Thursday, December 11, 2008

Lawatan dari KUIS

Pada 4hb Disember 2008 (Khamis) lepas, kami menerima lawatan dari KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Seramai 27 orang pelajar yang terlibat dalam lawatan kali ini, mereka tiba seawal jam 10 pagi di hadapan pejabat kami. Saf dan Nell telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan lawatan kali ini.


Seperti biasa, mereka didedahkan terlebih dahulu sedikit sebanyak tentang latarbelakang syarikat dan penerangan mengenai bagaimana animasi dihasilkan di sini. Tayangan video pendek seperti PSA, Geng the Musical, dan proses animasi juga turut disajikan untuk para pengunjung.


Kemudian, mereka semua dibawa ke bahagian produksi. Disini, mereka berpeluang melihat bagaimana produksi seperti Geng dan Upin & Ipin dihasilkan. Beberapa staff Les' Copaque memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai tugasan masing-masing.


Terakhir sekali, mereka semua dibawa ke World of Geng untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang.


Diharapkan para pelajar KUIS semua mendapat sedikit sebanyak ilmu dari kami. Kami juga ingin memohon maaf seandainya terdapat kekurangan dan andai kata ada terkasar bahasa, harap jangan disimpan dalam hati. Kami juga berbesar hati menerima kunjungan dari anda semua.

Tuesday, December 02, 2008

Lawatan dari Politeknik Sultan Mizan

Pada hari Khamis 27 November, Les' Copaque telah menerima lawatan daripada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Seperti biasa, lawatan telah diberikan penerangan secara menyeluruh yang merangkumi latar belakang syarikat Les' Copaque, penayangan video-video informasi dan produk animasi, penjelasan proses animasi dari permulaan hingga ke peringkat akhir dan kunjungan ke kedai cenderahati "World of Geng".

Ashraf menerangkan tentang proses storyboard.
Nell menyampaikan maklumat tentang teknik animasi.
Ed dengan ceria menerangkan tentang sistem rendering.

Sebagai penutup tirai, saya mempersembahkan sepatah pantun dari Jarjit -

Dua tiga katak melompat,
Mana nak sama Si Polan kuning,
Pastikan belajar kuat-kuat,
Supaya diri menjadi hening.

Monday, November 24, 2008

Lawatan Karangkraf - G3 dan Majalah Pc

Sebut saja apa-apa majalah keluaran Karangkraf sudah pasti semua orang mempunyai majalah kegemaran masing-masing. Jumlah majalah keluaran Karangkraf saja hampir 30 jenis merangkumi pelbagai focus dan skop. Sudah tentu ramai yang berhasrat ingin melawat ke studio KarangKraf jika berpeluang. Tetapi buat pertama kalinya, Karangkraf sendiri yang melawat ke studio kami. Kami amat berbesar hati menerima lawatan dari 2 team utama majalah Karangkraf iaitu G3 dan Majalah Pc.

Lebih kurang 20 orang staff dari Karangkraf yang terdiri dari editor dan pelukis komik berkunjung ke studio kami seawal 10 pagi. Setiap penerangan dan penjelasan dari setiap department diceriakan dengan telatah dan respon menarik dari mereka.Inilah antara kartunis terkenal G3 iaitu Gayour dan A'an Budak Baik yang tidak melepaskan peluang bergambar dihadapan studio kami.

Sebelum sesi lawatan tamat, kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar dihadapan World Of Geng. Kami mungkin juga akan membuat lawatan ke Karangkaf dalam masa terdekat ini, namun tarikhnya masih belum dipastikan lagi.



Ini merupakan 'buah tangan' dari mereka sebagai tanda cenderahati lawatan.