Thursday, October 16, 2008

Lawatan dari UiTM Pahang

Pada hari Isnin yang lalu iaitu 13 Oktober, Les' Copaque Production telah menerima lawatan daripada UiTM Pahang(Universiti Teknologi Mara). Seramai 90 orang pelajar bersama 3 orang tenaga pengajar hadir di perkarangan studio kami. Mereka semua terdiri daripada pelajar tahun akhir jurusan sains komputer.

Kami manyambut ketibaan pelajar UiTM Pahang pada pukul 11a.m


Kedatangan mereka disambut oleh 3 orang staff LCP yang terdiri daripada Pn. Ezdiani, Yap Ee Jean dan Nazmi. Para pelajar dikumpulkan di lobby LCP dan kemudiannya diberi sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan syarikat Les' Copaque Production dengan bantuan montaj visual.


Selepas beberapa tayangan montaj, Pn. Ezdiani menjelaskan serba sedikit tentang bagaimana produksi animasi dijalankan di LCP.

Pensyarah mereka tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh Pn.Ezdiani. Ada juga di antara mereka yang berminat dan bertanya soalan tentang produksi animasi kami.




Seterusnya, mereka di bawa ke aras pertama untuk melihat bilik rakaman audio. En.Safrizan dan En. Fadhli menerangkan bagaimana rakaman suara dan kesan bunyi dihasilkan.


Salah seorang pelajar sedang mencuba untuk merakamkan suara bagi watak Kak Ros.

Cik Ida Shaheera selaku penulis skrip menjelaskan secara ringkas tentang penulisan skrip di LCP. Cik Ida juga adalah pelakon suara untuk watak Kak Ros.


Selepas itu, Cik Ida Rahayu sedang menerangkan tentang proses papan cerita dijalankan.
Cik Ida juga adalah pelakon suara untuk watak Fizi dalam Upin&Ipin.

Seng kee pula menerangkan tentang bagaimana proses animasi dihasilkan di LCP.

Proses modelling....

rendering.....

dan muzik...

Asyraf, Adili, dan Azfaren juga menerangkan secara ringkas bagaimana proses kerja mereka dijalankan.


Apa yang menariknya pada lawatan kali ini, para pelajar berpeluang melihat tayangan Upin&Ipin (Musim Pertama) versi Turki yang telah ditayangkan pada Ramadhan ini. Buat pengetahuan anda semua, Upin&Ipin Musim Pertama telah ditayangkan di Turki menerusi saluran Hilal TV, suara watak Upi&Ipin telah dialih suara ke bahasa Turki. Sila lawat http://www.youtube.com/watch?v=X6dHGtFOWic

Shafiq selaku pelakon suara diminta melakonkan semula dialog seperti di dalam Upin& Ipin. Para pelajar terhibur dengan lakonan Shafiq sebagai Jarjit yang kelakar dan ceria.

Dan akhir sekali mereka dibawa ke Les'Copaque Merchandising atau lebih dikenali sebagai World of Geng dimana semua produk dan cenderahati Upin & Ipin dijual disini. Kebanyakan mereka bertanya sama ada patung aksi (action figure) ada dijual disini atau tidak. Hmmm.......memang dalam proses...tunggu je..

Sebelum lawatan mereka berakhir, kami mengadakan sedikit jamuan kecil untuk mereka sebelum pulang.

Terima Kasih kepada warga UiTM Pahang kerana memberi sokongan yang hebat terhadap Les'Copaque dan sanggup datang seramai 90 orang semata-mata untuk melihat dengan lebih dekat tempat kelahiran Upin dan Ipin. Diharap lawatan ini dapat memberi galakkan yang memberangsangkan kepada para pelajar tentang dunia animasi, dan akhir sekali kami dari LCP berharap anda akan terus menyokong kami dalam memajukan industri animasi Malaysia ke mata dunia.