Tuesday, October 28, 2008

Event Kolej Komuniti Kepala Batas

Pada 23 oktober 2008,Les' Copaque telah dijemput ke program “Visual Communication Art 2008” anjuran Kolej Komuniti Kepala Batas untuk memberikan ceramah dan pameran. En. Mohd Nizam dan En. Mohd Zarin serta beberapa krew Les' Copaque telah mewakili Les' Copaque Production sempena program tersebut.

Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh En. Azman selaku pengurus program. Booth Les' Copaque telah disediakan sempena pameran untuk mempamerkan serta menjual produk-produk Upin Ipin kepada peserta dan pengunjung. Selain booth kami, terdapat juga beberapa booth lain dari kolej-kolej komuniti dan karangkraf yang turut mempamerkan hasil kerja mereka.

Sambutan di booth Les' Copaque adalah amat menggalakkan. Ramai peserta dan pengunjung yang datang melawat dan membeli produk-produk Upin Ipin.

Ceramah pada sebelah pagi di sampaikan oleh pihak Karangkraf kepada para peserta yang hadir pada sesi tersebut.

Ceramah pada sebelah petang pula disampaikan oleh En. Mohd Nizam dan En. Mohd Zarin mewakili Les’ Copaque Production.

Para peserta yang khusyuk mendengar ceramah dari En. Mohd Nizam mengenai Les’ Copaque Production.

Peminat juga tidak melepaskan peluang bergambar di booth kami.

Krew Les’ Copaque juga sempat bergambar bersama krew Karangkraf sebelum majlis bersurai.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kolej Komuniti Kepala Batas yang sudi menjemput kami dan tidak dilupakan juga kepada peminat kami yang menyokong Les’ Copaque Production. Terima Kasih.