Sekembalinya kami dari Cannes pada pagi 19hb Oktober, Opah mengadu kaki sebelah kirinya sakit dan kebas. Olih kerana itu, ia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis bertemu dengan Fan Club pada hari tersebut. Pada kesokan harinya, sakitnya bertambah dan berlaku kekejangan kaki dan pada sebelah malamnya Opah telah pergi berurut dan sakitnya berkurangan sedikit. Pada kesokan harinya, keadaan Opah bertambah buruk dimana kakinya bertambah sakit dan mula pening dan hampir pitam. Setelah Atuk membawanya keklinik, doktor telah menasihatkan supaya di bawa ke hospital dengan segera kerana dipercayai menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis atau DVT, ejaannya cam tulah. Setelah Atuk bawa ke sebuah hospital swasta yang terkenal, Opah terus dimasukkan keward dan pemeriksaan rapi dijalankan.
Hari ini hasil pemeriksaan telah diketahui, alhamdullilah, beliau hanya mengidap DVT. DVT adalah pembekuan darah dalam saluran darah yang kecil dan boleh menyebabkan komplikasi kepada paru-paru dan jantung. Penyakit ini biasanya terjadi bila kita menaiki yang penerbangan yang lama tanpa bangun untuk berjalan bagi memberi ruang pengaliran darah. Oleh kerana Opah takut terbang, beliau tidak bangun dan berjalan selama 14 jam penerbangan tersebut.
Doktor memberitahu, ia memerlukan masa 1 minggu untuk memulihkannya dengan suntikan ubat dijalankan 2 kali sehari. Hari ini, keadaan Opah beransur baik setelah 2 pint darah dimasukkan. Atuk harap semua peminat dapat mendoakan Opah cepat sembuh dan dapat berkarya semula.
Atuk harap semua peminat harap bersabar...

Opah sedang menunggu giliran untuk di X-ray....

Opah tak lalu makan, makanan hospital tidak menyelerakan...tadi anak-anknya belikan Kentucky baru berselera untuk makan...