Les' Copaque Production dengan bangganya menganjurkan peraduan terbaru iaitu "Tiru Gaya Upin & Ipin". Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan semua peringkat umur.

Cara Menyertai :
- Rekod video lakonan sebagai Upin & Ipin dan hantarkan melalui pos atau email.
- Lakonan tersebut mestilah menampilkan ciri-ciri sebarang watak dalam siri animasi Upin & Ipin.
- Semua video rakaman mestilah dalam lingkungan 30 saat.
- Video yang dihantar mestilah dalam format VCD/DVD atau format komputer seperti .avi atau .mov
- Pemenang mingguan akan memenangi hadiah eksklusif barangan Upin & Ipin.
- Pemenang Utama untuk hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap hujung bulan.
Untuk sebarang berita terkini sila layari http://www.upindanipin.com.my