Sunday, October 05, 2008

"GENG:THE ADVENTURE BEGINS" STATUS QUO

Bahasa Malaysia version bawah sana....
I believe most of our fans want to know the progress status of our film. Well, it is certainly progressing and hopefully we can release it for our fans towards the end of next year or latest by March 2009.


We have completed the making of the film at the end of August 2008 with total time of animation 108 minutes. A special preview to selected audience such as MDeC, Finas, Mimos,RTM,Media Prima, Astro and members of the press was made 2 weeks before Ramadhan at MDeC to get the industries feedback. The feedback was good considering the audience were intelectual and working people and I was very happy as all of them sat and watched the film until the end and not bothered to answer their phones. If you think back that the film is intended for children and having them watching it attentively, there must be something special in it.


Following the screening, we had been advised by Finas to reduce the duration to below 90mins as it will augur well to the cinema,s owners. Having it more than 90 mins will incur additional reel as it each reel will cost RM4000 and if we make 40 duplicates for 40 cinemas it will cost us additional RM160k. The plan was to edit it during Ramadhan with a small editing team while producing "Upin and Ipin: Setahun Kemudian", thats what Nizam thought.


However, when we started producing "Upin dan Ipin", we found out that the rest of the team could not handle it due to tight production schedule. Therefore we have to revise our program by concentrating on 'Upin and Ipin" and leave Nizam to edit the film alone. In editing the film, we have to re animate certain scenes to keep the flow of the animation smooth. While Nizam editing the film, Anas was tasked to clean up the audio and preparing it to be sent to Thailand for the final mixing of Dolby and sense arround effect. So far we had send 3 reels for them to carry out the works and the total reels for "Geng' will be 5 reels.


"Upin and Ipin" production was completed one week befor Hari Raya and the whole team was diverted to finish the film. Before we closed the studio for Hari Raya, we have completed all the animation works and almost half of the rendering works required. Tomorrow we will start working again and hopefully all the necessary works can be completed within 2 weeks. Once the film completed, we will need to blow the resolution of the picture to 2k as currently we are making it in 1k. The process will take another 1 week and then only we can bring it to Thailand to convert into reels. The process will take about 1 week and base on the current planning we hope that the film will be ready for submission to censorship board in November 2008. Once we have the censorship certificate, then only we can only book the screening date from Finas which we are targetting to launch it on 29th Dec 2008, Awal Muharram. If we cannot get the date, the next window will be in March 2008.


On 10th Oct, Atuk, Nizam and Anas will be goin to MIPCOM in Cannes, France trying to advertise the film. It will be followed with Santa Monica in California on 2nd November for the American Film Market. The indication are good, as prearranged meeting includes Disney, Media Corp of Singapore, TPI from Indonesia and various other intereated organisations from Russia and USA.


So you can see how difficult and busy we are in term of making and marketing this film. So I hope all of you can bare with us and wait for the film to be released. None of us have experience in this business, therefore some of our planning cannot be implemented and we have to readjust causing delay to our earlier plan. I hope , all of you can wait patiently and support us by going to the cinemas once it is release.


To all our fans we would like to say thank you and Selamat Hari Raya.



Edisi :Bahasa Malaysia.........


Atuk percaya ramai yang nak tahu perkembangan film "Geng: Pengembaraan bermula". Sebenarnya kerja-kerja pembikinan filem masih diteruskan dan diharap dapt dilancarkan pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya bulan Mac 2008.


Filem ini telah siap dibuat sepenuhnya pada penghujung bulan Ogos 2008 dengan tempoh tayangan 108minit. Ujian tayangan untuk industri telah diadakan 2 minggu sebelum bulan Ramadhan untuk mendapat pandangan sebelum kerja-kerja terakhir dapat diselesaikan. Ujian tayangan tersebut telah dihadiri oleh MDeC, MIMOS,Finas, para wartawan, RTM, Media Prima dan ASTRO dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan mereka. Hasil dari tayangan tersebut memberansangkan memandangkan semua yang menonton adalah mereka yang berpengalaman dan dewasa. Atuk sangat gembira kerana sewaktu tayangan tersebut, takde sorang pun keluar menjawab telepon memandangkan mereka semua pegawai besar dan sibuk. Kalau kita lihat kembali, filem yang kita tujukan kepada kanak-kanak dapat menambat hati mereka, tentulah filem ini mempunyai sesuatu yang istemewa.
Setelah ujian tayangan tersebut, Finas mencadangkan supaya filem tersebut dipendekkan kebawah 90 min kerana tuan punya panggung lebih suka kepada filem yang kurang dari 90 min. Tambahan lagi dari segi kos, untuk waktu lebih 90 min memerlukan reel tambahan yang melibatkan tambahan perbelanjaan sekitar RM160k. Rancangan asal seperti yang dicadangkan oleh En. Nizam, melakukan editing olih kumpulan yang kecil sedang yang lain membuat produksi "Upin dan Ipin".
Merancang memang mudah, tetapi setelah memulakan pembuatan "Upin dan Ipin", pasukan yang ada tidak mampu untuk menyiapkan "Upin dan Ipin" mengikut jadual. Akhirnya, semua terpaksa melibatkan diri dalam pembuatan "Upin dan Ipin" dengan hanya Nizam melakukan kerja-kerja editing filem"Geng". Anas pula ditugaskan untuk menyediakan audio untuk dihantar ke Thailand untuk membuat effect Dolby dan Sence Around. Sehingga kini, sebanyak 3 reel filem "Geng" telah berjaya dihantar ke Thailand dimana jumlah kesemua reel adalah 5.
"Upin dan Ipin" telah dapat diselesaikan seminggu sebelum Hari Raya dan semua team members telah menumpukan kerja menyiapkan filem "Geng" sebelum mereka bercuti. Sebelum cuti HariRaya semua kerja-kerja naimation telah diselesaikan dan separuh kerja rendering telah disiapkan. Esok kami kembali bekerja dan dijangkakan semua kerja dapat diselesaikan dalm masa 2 minggu. Selepas itu, resolusi gambar akan dinaikkan dari 1k ke 2k dan dijangka mengambil masa 1 minggu sebelum dihantar ke Thailand untuk di ubah menjadi reel yang mengambil masa lagi 1 minggu. Adalah di jangkakan pada awal Nov, filem in dapat dihantar ke Badan Penapisan Filem. Setelah sijil Penapisan dikeluarkan, barulah kami dapat menempah waktu tayangan yang kami inginkan pada 29hb Dec 2008. Sekiranya tarikh tersebut tidak dapat, tarikh berikutny Mac 2009.
Pada 10hb Oct ini, Atuk, Nizam dan Anas akan pergi ke Cannes di ikuti ke Los Angeles pada 2hb. Nov dalam rangka mempromosi dan menjual film tersebut. Setakat ini, sambutan adalah diluar jangkaan dimana, temujanji dengan Disney, Media Corp Singapore, TPI Indonesia dan beberapa syarikat besar dari Russia dan Amerika telah diatur di Cannes adan Los Angeles.
Jadi, begitulah sibuk dan kerja keras yang ditunjukkan oleh anak muda kita dalm membuktikan yang kita mampu untuk mengeluarkan sesuatu yang bertaraf global. Oleh kerana, kami semua tidak pernah mempunyai pengalaman dalm bidang ini, maka memang lumrahlah, kadang-kadan rancangan yang kami sediakan tidak menjadi dan terpaksa di ubah suai menyebabkan kelambatan dari jadual asal. Oleh kerana itu, kami mengharapkan semua peminat memahami situasi kami dan bersabar kerana kami ingin mengeluarkan produk yang bemutu tinggi untuk para peminat semua. Harap semua peminat menyokong kami dengan pergi menonton dipanggung apabila ia dilancarkan nanti.
Kepada peminat kami diucapakan terima kasih dan Selamat Hari Raya.
Atuk: he..he..macam blog Chedet pulak..ada orang putih dan melayunya...