Tuesday, October 21, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri Fanclub Upin & Upin 2008

Les' Copaque buat pertama kalinya telah menganjurkan hari Rumah Terbuka Aidilfitri khas buat Kelab Peminat Upin & Ipin. Sudah pasti hari tersebut merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peminat Upin & Ipin kerana ini merupakan perjumpaan pertama kelab Peminat Upin & Ipin selepas kelab ini dibuka keahlian beberapa minggu lalu.

Majlis tersebut bertempat di perkarangan Les' Copaque Production dan dikendali oleh tenaga kerja Les' Copaque sendiri. Pelbagai perancangan awal telah diteliti dan diambil kira sebelum bermula acara dan meja pendaftaran dikunjungi peminat seawal 9:30 pagi.

Semua acara dilangsungkan di bawah khemah kuning ini yang memuatkan hampir 150 orang.

Antara bahagian yang sibuk pada hari tersebut sudah tentulah kaunter pendaftaran. Pada hari tersebut ahli kelab peminat bukan saja diberikan kad ahli malahan berpeluang memiliki poster Upin & Ipin edisi khas.

Selepas semua peminat hadir maka acarapun bermula dengan sketsa pendek oleh pelakon suara Upin & Ipin. Ida Shaheera iaitu pelakon suara bagi watak Kak Ros menjadi hos pada hari tersebut. Watak-watak lain seperti Fizi (Ida Yusuff), Mei Mei (Yap Ee Jean), Ehsan (Shahmi), Jarjit (Syafiq) dan Mail (Hasrul) turut menyertai sketsa tersebut. Pelakon suara Upin & Ipin iaitu adik Fathiah mendapat perhatian ramai apabila beliau bersuara kerana suaranya yang sama seperti di dalam siri animasi tersebut.

Ramai peminat-peminat yang terhibur dan kagum kerana tidak mengangka wajah sebenar disebalik pelakon suara bagi animasi Upin & Ipin.

Watak Jarjit (baju melayu merah jambu) sedang berpantun bersama peminat.

Rata-rata peminat begitu teruja dan gembira menyaksikan persembahan mereka.

Di bawah merupakan antara peminat-peminat yang hadir pada hari tersebut.


Peminat-peminat juga dihidangkan jamuan hari raya.

Selain persembahan dan permainan, peminat-peminat juga diberi sesi bergambar bersama maskot dan pelakon-pelakon suara.


Krew TV9 juga turut membuat pengambaraan bagi segment di TV9 kelak.

Acara terakhir pula ialah cabutan bertuah yang dipilih secara rawak oleh pelakon-pelakon suara. Peminat yang bertuah mendapat hadiah hamper untuk dibawa pulang.

Berikut merupakan antara peminat yang bertuah pada hari tersebut.


Kami di Les' Copaque mengucapkan ribuan terima kasih pada semua peminat yang hadir pada hari tersebut. Kami memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesulitan yang dihadapi oleh mana-mana pihak.

InsyaAllah, pada masa hadapan kami akan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama Kelab Peminat Upin & Ipin. Diharap aktiviti pada masa hadapan akan lebih baik dan menyeronokkan.

Harap maklum, keahlian baru akan dibuka pada masa terdekat. Sila rujuk laman web http://www.upindanipin.com.my untuk sebarang kemaskini.