Kalau semua nak tahu, Upin & Ipin akan berada di Kompleks PKNS Shah Alam bersempena dengan Pesta Buku Negeri Selangor 2010 pada 25 Jun ini sehingga 5 Julai 2010. Pasti seronok kerana pelbagai jenis buku akan dijual disamping macam-macam aktiviti yang akan disajikan kepada para pengunjung.
Acara tahunan yang dianjurkan oleh PPAS ini sememangnya berjaya menarik perhatian khususnya warga Selangor untuk bersama-sama menanam minat membaca. Pada tahun ini yang menariknya ialah, pelancaran acara ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Taman Tasik Shah Alam pada 26 Jun nanti. Kemudiannya semua pengunjung akan dijemput membaca ditepi tasik Shah Alam dan seterusnya menjadi rekod terbesar di dalam aktiviti membaca di Malaysia. Maskot Upin & Ipin juga akan memeriahkan acara ini. Jangan lupa tau, datang beramai-ramai.