
Pasti ramai sudah tidak sabar untuk menyertai hari Kelab Upin & Ipin yang akan dilangsungkan di Zoo Negara pada Sabtu ini. Acara gilang gemilang yang meraikan semua peminat Kelab Upin & Ipin ini akan bermula seawal 9 pagi dan dijangkakan berakhir pada pukul 5 petang. Mesti bertambah seronok acara ini kerana ianya diadakan di Zoo Negara. Memang amat bersesuai sempena cuti sekolah ini adik-adik semua bolehlah mengajak satu keluarga untuk memeriahkan acara ini.
Pendaftaran untuk menyertai Kelab Upin & Ipin juga turut dibuka pada hari tersebut dengan bayaran serendah RM15. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, persembahan maskot dan penampilan eksklusif semua pelakon suara siri Upin & Ipin. Memang rugi kalau tak sertai acara ini. Sebarang pertanyaan tentang tiket dan hari pelancaran tersebut boleh hubungi kami di talian 03 - 5511 0012.
Jumpa di sana!!!
Jumpa di sana!!!