Sempena dengan musim baru ini, para pelakon suara siri animasi Upin & Ipin juga sibuk dengan pelbagai jenis persiapan. Baru-baru ini, sesi fotografi bersama pelakon suara telah diadakan dan suasananya memang sangat meriah. Iyelah, sebenarnya para pelakon-pelakon suara ini semuanya jarang dikumpulkan sekali. Dari segi masa pula, memang susah nak gabungkan mereka semua. Ada yang bersekolah pagi dan ada yang bersekolah petang. Tapi bila dah dapat berkumpul sebegini, saat-saat indah bersama turut diabadikan untuk tatapan pembaca blog ini.
Sesi bergambar yang mengambil masa lebih kurang 1 jam ini kemudiannya bakal digunakan untuk tujuan promosi di laman web mahupun media-media lain. Pelbagai jenis aksi dan gaya dapat dilihat terutama sekali dari pelakon suara Jarjit iaitu Shafiq. Dengan gaya yang bersahaja, hampir semua aksinya menjadi bahan ketawa. Semua susunan pelakon suara ini disusun dan dicampur tidak mengikut usia supanya nampak lebih teratur.
Kepada semua peminat setia Upin & Ipin terutama sekali di Indonesia, jangan lupa nantikan kemunculan pelakon-pelakon suara ini di Indonesia sempena sesi promosi pada bulan Julai ini nanti. Pasti seronok!




