Pada 8 Jun 2010 yang lalu telah berlangsungnya majlis sidang media yang mengumumkan Wyeth sebagai penaja bersama bagi siri Upin & Ipin musim baru dan sekaligus menjadikan Upin & Ipin sebagai duta bagi produk Wyeth. Majlis yang dilangsungkan di One World Hotel ini mencipta sejarah tersendiri apabila Upin & Ipin menjadi duta bagi produk susu antarabangsa. Wyeth di dalam rangkaian produk minuman susu Wyeth Nutrion telah bertapak di Malaysia lebih 50 tahun. Wyeth yang sememangnya sudah terkenal dengan susu berkualiti tinggi yang dihasilkan dari estrak kacang soya ini memasarkan produk susu seperti Promise dan Progress.
Upin & Ipin bergambar bersamakakitangan Wyeth
Pada majlis ini Pengurus Besar Wyeth Nutrion, Mr Michael Toh memberi ucapan pembukaan dengan beberapa kerat pantun. Menurut beliau, pemilihan Upin & Ipin sebagai duta Wyeth amat bersesuaian memandang populariti karektor animasi ini dihati rakyat Malaysia. Manakala itu, Tn Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les' Copaque Production pula amat berbesar hati kerana syarikat antarabangsa sebesar Wyeth mahu mengambil Upin & Ipin sebagai duta. Melihatkan kepada perkembangan yang sihat, diharapkan kerjasama ini dapat membuka dan mengembangkan lagi pasaran kedua-dua produk ini. Pada hari tersebut juga, maskot Upin & Ipin turut ditampilkan sebagai sebahagian dari gimik perasmian pada hari tersebut. Majlis yang berjalan lancar
Dengan terjalinnya kerjasama ini, peminat setia Upin & Ipin akan dapat menyaksikan pelbagai aktiviti bersama dan produk-produk baru yang akan berada dipasaran. Nantikan!



