Wednesday, June 02, 2010

Cerita Teh Tarik bersama Upin & Ipin

Wah, pasti ramai peminat Upin & Ipin di Malaysia yang sudah menyaksikan promo Cerita Teh Tarik bersama Upin & Ipin yang bakal ditayangkan di TV3. Bagi siapa yang tak tahu lagi, sebenarnya rancangan 30 minit ini berkonsepkan rencana santai disebalik tabir pembikinan siri Upin & Ipin. Program ini mengenengahkan teh tarik disebalik pembikinan siri Upin & Ipin dan dibawa khas oleh F&N.

Sesi perbincangan di Geng's Corner
Krew Cerita Teh Tarik ketika proses rakaman

Memang gempar apabila sesi rakamannya dilakukan di studio Les' Copaque tempoh hari. Manakan tidak, hos rancangan ini iaitu Awal Ashaari begitu santai mengacarakan rancangan ini sambil dimeriahkan dengan penampilan maskot Upin & Ipin. Awal yang sememangnya sudah lama mengacarakan rancangan Cerita Teh Tarik ini juga begitu meminati dengan watak Upin & Ipin. Berpeluang membuat cerita mengenai Upin & Ipin, sekali gus mendekatkan beliau dengan tenaga produksi di sebalik Upin & Ipin.

Awal ketika berlakon bersama dengan Upin & Ipin
Bergambar bersama dengan
beberapa kakitangan LCP

Rakaman yang mengambil masa selama 2 hari ini dilakukan di dua lokasi yang berbeza. Selain rakamannya dilakukan di studio Les' Copaque, ianya juga dilakukan di rumah Tn Haji Burhanuddin sendiri. Rancangan ini agak berbeza dari rancangan yang lain dan pastikan peminat setia Upin & Ipin tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan ini. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama sekali krew Cerita Teh Tarik sendiri dan pengacaranya Awal Ashaari.

Awal bergurau bersama dengan Upin & Ipin

Bergambar bersama krew Cerita
Teh Tarik dan Les' Copaque