Friday, June 04, 2010

Tayangan Perdana Upin & Ipin - Anak Harimau

Seronok la nampaknya adik-adik yang bercuti sekolah bermula Jun ini kerana TV9 akan menayangkan episod Upin & Ipin untuk di dalam musim ke 4 ini. Bermula dari 7 Jun selama 2 minggu berturut-turut semua peminat di Malaysia akan dapat menonton 6 episod baru yang bertajuk "Anak Harimau". Episod istimewa ini menyaksikan bagaimana sambutan Upin & Ipin dan kawan-kawannya mengenai Piala Dunia yang dilangsungkan di Afrika Selatan. Memang rugi kepada sesiapa yang tidak menonton.


Berikut ialah jadual tayangan bagi episod Anak Harimau

Minggu 1
7 Jun 2010 (Isnin) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1)
8 Jun 2010 (Selasa) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 2)
9 Jun 2010 (Rabu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 3)
10 Jun 2010 (Khamis) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1 - Ulangan)
11 Jun 2010 (Jumaat) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 2 - Ulangan)
12 Jun 2010 (Sabtu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 3 - Ulangan)
13 Jun 2010 (Ahad) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 1,2 dan 3)

Minggu 2
14 Jun 2010 (Isnin) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4)
15 Jun 2010 (Selasa) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 5)
16 Jun 2010 (Rabu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 6)
17 Jun 2010 (Khamis) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4 - Ulangan)
18 Jun 2010 (Jumaat) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 5 - Ulangan)
19 Jun 2010 (Sabtu) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 6 - Ulangan)
20 Jun 2010 (Ahad) - 5:30 ptg - Anak Harimau (Bahagian 4,5 dan 6)

Penonton di Indonesia juga akan disajikan dengan episod baru yang sama. Waktu siarannya pula bolehlah dirujuk melalui media di Indonesia nanti. Lihat video promo di bawah ini dan hantarkan komen anda di blog kami.